Photobucket

Tuesday 24 February 2009

Pics To Explain!!!!

Photobucket
"Tangisan tanpa airmata
Jeritan tanpa suara"

Monday 23 February 2009

I wish I cud see u once..tapi kemampuanku terbatas kerana kau telah lama lena di alam lain.

Photobucket
Kini 23 tahun waktu beredar…pemergiaanmu sama jauh dengan hidupku didunia ini..kehadiranku tanpa sambutan iqamahmu. Kehadiranku sunyi sepi. Aku sendiri tidak pasti siapa iqamahkan diriku. Diriku menjadi rebutan mereka yang kononnya ingin memudahkan wanita itu. Namun, tegas wanita itu “ini adalah harta terakhirku”. Lalu mereka-mereka tidak lagi meminta-minta diriku yang masih bayi. Terkulai manja aku dipangkuan wanita itu yang tabah. Aku dibesarkan penuh kasih sayang. Wanita itu berjaya melengkapkan diriku dan membesarlah aku seumpama mereka-mereka yang mempunyai lelaki sepertimu..sewaktu kecilku, wanita itu pernah bertanya padaku setelah aku pulang dari sekolah pertamaku. Apakah aku rasa ada bezanya diantara aku dan mereka-mereka yang mempunyai lelaki umpama kamu. Lantas dengan tanpa banyak berfikir aku mengatakan tidak kepada wanita itu. Lalu wanita itu memelukku membelai rambut lembutku dan mencium pipiku. Sering aku berbaring dilengan wanita itu sampai tertidur aku dilengannya.

Kini 23 tahun telah berlalu tanpa lelaki baru menggantikanmu, wanita itu berjaya menjadi wanita yang cemerlang mendewasakan kesemua harta peninggalanmu. Aku, kedua2 perempuan itu dan seorang lelaki yang telah lama aku nobatkan sebagai role modelku kini masih teguh bersatu dibawah naungan nama ringkasmu. Kehadiranku setelah pemergiaanmu beberapa purnama. Wanita itu pernah beritahu aku suatu masa dulu dimana setelah kamu pergi jauh ke alam lain, barulah aku disedari wujud dan bakal menjengah ke muka bumi beberapa purnama kemudian. Jelas kau tidak menyedari kewujudanku namun aku juga sebahagiaan dari kamu. Setelah usia meningkat remaja aku mula rasa kempunan kasih dari lelaki seperti kamu. Aku mula cemburu dengan mereka-mereka yang mempunyai insan umpama kamu. Aku mula merasakan memori hidupku tidak lengkap biarpun ku cuba melukis seindah calitan rama-rama. Warna-warna itu tetap pudar. Aku tetap tercari-cari memori yang tidak lengkap itu namun sesungguhnya aku tak mampu melengkapinya kerana semunya milikNya.

Kini setelah berusia 23 tahun, aku masih lagi mengingatimu dan doaku buatmu yang kini berada di alam lain tetapku utuskan walaupun dirimu tidak pernah aku kenali, walaupun kasihmu tidak pernah singgah dalam sejarah hidupku. Namun namamu yang sehingga kini aku gunakan membuatkan kamu sentiasa berada dekat dikehidupanku. Ku mohon sebentar lagi ku dianugerahkanNya seorang lelaki seperti kamu yang bisa aku rakamkan kasih yang bisa ku luahkan rindu yang berpuluh tahun ini. Biarpun hanya seketika, ku mohon dariNya izini aku melewati perenggan itu. Kisah yang tak mampu ku beli dengan wang ringgit.

Sebelum terlupa, aku ingin mengucapkan kpd wanita itu yg kupanggil emak “Selamat hari ibu” ..aku sebenarnya tak tahu tarikh sebenar hari ibu tapi bagiku Hari-hari adalah hari ibu buatku..i lov u mom!! U’re my everythin now n 4-eva..sehinggaku menemui kehidupanku sehingga ku mempelajari kedewasaanku dan tersangat ku menghargai kesabaranmu dan keresahanmu setiap kali ku mula mendera diriku dipergunungan yang penuh risiko, ku berjalan sendirian di kota asing..aku tahu kau terlalu menyayangiku. Maafkanku kerana ego tak bertempat aku gagal mempamerkan ketulusan kasihku namun aku yakin kini kau tahu aku jua terlalu mengasihimu. May god bless ya mom..i’ll be there soon by ur side..mmuahhhhhhhhh

Sunday 22 February 2009

ARGHHHH….. Too much love will kill you

Telinga ini berdesing mendengarkan semua itu..arghhh geram menjadi marah.. marah menjadikan aku sakit.. hati ku rasa dicengkam kuat. Terasa luka hati yang baru mencuba untuk pulih kembali. Adakah aku terlalu mengikut perasan..arghhhhhhhhhhhhh!!! aku menjerit sekuat2 hati tanpa suara…Alhamdulillah..tenang seketika selepas selesai solat. Namun jiwa maseh lagi tak puas untuk meredakan rasa geram. Adakah jiwa aku terlalu sunyi sehingga aku tak dapat bezakan sesuatu. Sehingga tak dapat menerima rasa marah. Sehingga aku sakit menahan geram. Sedangkan semua itu mungkin sekadar kebetulan yang tidak disengajakan. Bilakah aku akan kembali normal dan menjalani ujian2 yang bakal menimpa hidupku. Ohh tuhan, aku mohon padamu menjadikan diriku seorang yang tanpa bicara panjang tanpa cerita yg berkisah-kisah..hentiknlah kemesraanku yang hanya menyakitkan diri yang hanya menyusahkan jiwa..oh tuhan, hentikanlah perananku sebagai juru cerita..
Photobucket
gmbr sekadar hiasan

Saturday 21 February 2009

shoppin dan kerinduanku trhadap hutan rimba..huhu

Hr ni seperti hari2 yang lalu, lpas solat subuh aku menyambung lagi di pembaringan sambil fikiran melayan-layan ke dunia khayalan. Arghh, ntah apa lah yang aku duk pikir kan..nak tensen dn bersedih ttg Si Ex, si dia x kasi..ermm…lalu otak aku memulakan pengembaraan merentasi samudera luas ke hutan hujan tropika.. kali ni SLIM RIVER menjadi bahan khayalanku..merayau-rayau kesekitar panaroma rimba sambil didendangkan unggas2 hutan.. terlalu asyik aku menjamah kedinginan air sungai slim river yg mengalir..sambil menunggu sidia membawa pulang hasil perburuan..apakah si kijang menjadi mangsa?? Argghhh jgn itu haiwan dlm perlindungan..protesku dlm hati..

Tiba-tiba pintu bilikku dikuak dr luar..dan x lama lpas tu kakak aku sudah berada begitu hampir dgnku..terbantut la khayalan aku kali ni..lom sempat menjamu hasil perburuan sidia..
“jom shoppin!!” my sis said..
“err shoppin??meadowhall??ok ok, org siap skrg..” sambut aku dgn pantas..
Cerita itu aku biarkn saja tergantung dan trus menukar pakaian tanpa perlu mandi manda..hahahaha..setelah selesai menyarung pkaian yg sesuai aku menyarung pula jacket jeansku..pikirku, suhu tidak lah sesejuk biasa jd tak perlu aku menyarung jacket tebal. Dr attic, aku terus turun ke tingkat bawah menjamah sedikit sarapan pagi yg telah disediakan akak. Aku minta kebenaran utk ke library terlebih dahulu untuk return buku yg aku pinjam 2 minggu lpas. Pulang dari library sempat lagi aku masuk ke salvation army melihat2 apa yg agak2 boleh dibeli. Dan setelah memilih dalam kadar yg pantas, aku mencapai 2 item, buat pembayaran dan keluar. Sesampainya dirumah mereka semua sudah bersiap2 utk keluar.
………………………………………
Shoppin time!!! Yuhuuu
Kami tak terlalu tergesa2 kali ni kerana waktu solat semakin lambat tidak seperti bulan2 yang lalu dimana jam 1 sudah masuk waktu asar..mmg terkejar2 lah..so skrg dh lmbt..asar jam 2.50.. ok lah tu..
Sebut pasal shopping, baik di Malaysia mahupun di Uk nih, dah sah2 la store menjual barangan sukan dan butik outdoor.huhh, dasat tul, sale yg sepatutnya berakhir bulan disember maseh lagi berlangsung. Ini mungkin kerana ekonomi Britain yang mengalami masalah jadi untuk menggalakkan pembeli shopping, so sale berlangsung dalam kadar waktu yang tak dijangka. Ok lah tu, boleh aku shopping lagi..huhu..seperti biasa, masuk je ke store mnjual barangan sukan tu, aku terus ke bahagian karrimor. Dulu aku dh berminat nak beli head torch yang tergantung kat situ. Tapi fikir punya fikir aku tak beli. So kali ni aku tak bnyak fikir, aku terus beli. Dah sampai Malaysia lagi lah mahal harganya.tapi yang aku sedikit geram, time kat London hari tu aku beli satu kasut ni, harganya 20 pound setelah discount 70% tp td aku tgok dah jd 90% kot..cehh.. Lepas tu belek punya belek, mak ai murah gila la barangan sukan kat sini. Rabun mata aku. So, sempat la aku grab satu lagi t-shirt long sleeve karrimor sesuai tuk tracking and outdoor activity.. dan shopping2 lain seperti biasa, barangan2 wanita dan kecantikan la..
2 pm (balik umah)

Solat zuhur dan asar seketika kemudian..dan mula melayari internet seperti biasa. Ehh, aku lupa aku x sehat..so aku baring beberapa minit. Dan mengadap laptop kembali. Masuk ke chat room bertemu kwn2 ..arghhh, hati aku tak senang ar.. teringat kat sidia kat hutan tu. selamatkah dia..dan rinduku juga mula membahang apabila terlihat baju baru dan head torch brand karrimor tu. ingatan aku mula menerjah kedunia pendakian yang telah lama aku tinggalkan. So, aku pun seperti kebiasaan mnggalas beg karrimor jaguar yang juga baru aku beli last month. Kebetulan beg tu penuh muatan (brg2 yang aku dh packing untuk pulang nanti). So, berat2 beg tu sedikit sebanyak dapat menghilangkan gianku..hehehe..ehh sebelum tu sempat lagi aku duk beraksi kat depan kamera. Then, aku editkan pic tu seolah2 aku di puncak gunung..ekekekeke…

Photobucket

Cipan pon terharu dengan gianku itu..wakakkaka

Friday 20 February 2009

Masihkah kau ingat

Ingatkah saat kita berdayung disungai itu
Mengail si udang
Lalu terserempak si ular air
Kita naik ke tebing

Ingatkah saat kita ke hulu sungai itu
Sedang aku menikmati landskap alam
Kau sibuk menangguk udang
Tiba-tiba kita dihalau si ekor panjang bergantungan
di gerbang alur sungai itu
Kau pula menjadikan dayung sampan
Sebagai senapang
aku turut sama menakut-nakutkan
si ekor panjang
namun senja memaksa kita
mendayung pulang ke rumah

ingatkah sungai itu
segalanya lenyap ditelan arus waktu
kau kini sibuk dengan bisnesmu
aku pula sibuk dengan duniaku
namun aku benar-benar rindukan sungai itu
harapanku
masih kah kau ingat

Thursday 19 February 2009

ADAKAH ANDA SEORANG PEROKOK????TEGAR??OR SEKADAR SUKA-SUKA??

1st of all sorry to all cigarette’s lover..

KEBAIKAN DR WUJUDNYA SI PEROKOK

Ofcoz la, lau xde perokok, maka xdenye kilang rokok dan seterusnya xde la rokok2 dijual dikedai dan yg pling worst no TAX hasil dr rokok ini..TAX ni lak mmg antara revenue utama kot sbb TAX rokok agak tinggi. Adessss!!!!! Mane si bijak pandai, camne yer nak cover hal ni lau rokok diharamkn..payah gak tu..aku no idea bab tu..

PERKARA YANG MBUATKN AKU DN MEREKA2 MENYAMPAH TTG SI PEROKOK?
  1. Ko merokok, aku lak yg telan asap rokok ko tu..baiknye ko hembus2..cube ko telan asap tu..kot ye pn ko nk bunuh diri, jgn bunuh aku sekali..ekekeke
  2. Ni nak kuar dating nih..ko lak sibuk hisap rokok..seb baik lam shopping komplek..(NO SMOKING) everywhere lau tak perfume mahal mana pun aku spray abis luntur akibat bau asap rokok yg cam hampehh
  3. Wat?? Mrokok ade style?? Smoking buat kn u nmpk seksi?? Smoking baru lh jantan?? Huhh poyo la korang nih..bagi aku, oh ye style tu ade tp nmpak cam blagak la ko hembus asap tu..depan bakal mak mentua ko nk wat cam tu ke..hehe…seksi?? uhhh I dun think so, u look so bad if u pompuan la..jantan?? arghh x smoke pn ko ttp jantan..konon2 machoo la tu..ekekeke..
  4. Hahhh, ini satu kes..dak ni dah la xde bnyk duit..mak ai, sanggup beb tak mkn demi sekotak rokok yg x bleh bg energy pn kat bdn dia tu..tak tahu lh aku kot2 rokok ni ade vitamin A ke ape..miahahaha..

Pesanan penaja:- kepada adik2 yg baru ingin test tabiat ni, tak usahlah..skrg org dh tukar persepsi (sape yg x merokok lg cool) ekekeke

SMOKING HABIT IN UK


Di setiap persimpangan jalan, kaki2 lima kedai dan dimana 2 saja ada je si perokok tak mngenal usia baik perempuan apatah lagi lelaki. Remaja dan juga belia2. Si tua pun. Ohh ye, aku knal sorang auntie ni. Namanya Julie. Aku tolong dia kat charity shop bdekatan ng umah my sis. Syok jugak aku tengok auntie tu layan smoke. Dalam fikiran aku, leh panaskan badan ke smoking tu..huhu.. kadang-kadang aku pun turut sama smoke ngan auntie Julie kat luar kedai.. OPS!! Jgn salah sangka, aku mmg la smoke sbb cuaca sejuk..ekekeke


Look, betapa payahnya kerajaan Britain nak control habit merokok yang menular kesegenap masyarakatnya. But I salute lah, Britain government boleh mengharamkan merokok kat PUB. Walaupun tindakan itu membuatkan banyak PUB2 terpaksa gulung tikar, tp mereka(kerajaan Britain)still lg meneruskan Law yang mngharamkan perokok merokok dalam PUB. Ini sebagai langkah baik n agak drastic bagi mengurangkan kadar perokok di kalangan warganya. Walaupun auntie Julie dalam ceritanya, memprotes tindakan government tu sebab baginya apa guna PUB ada kalau tak boleh merokok sebab orang kesitu untuk enjoy. Aku hanya mengia kan je kata-kata auntie Julie. Ala, dia protes sebab dia pun perokok tegar. Dah sakit-sakit pun still lagi tak boleh berpisah dengan rokok tu. gelak ku dalam hati. But I love u auntie Julie. may god bless ya..

Actually, kemajuan dan kestabilan sesebuah Negara sekarang tidak lagi dinilai dari kemodenan teknologi dan perindustriannya tetapi juga sosial masyarakatnya. Walau maju mana pun sesebuah Negara itu tetapi criminal case tinggi, so Negara itu tidak layak di panggil sebuah Negara maju. Btw, aku bersyukur masyarakat kita (melayu), especially golongan wanita yang merokok belum mencapai peratus yang tinggi kerana kita masih menghargai adat dan budaya kita. Syukur lah kalau nak dibandingkan dengan masyarakat barat yang agak sukar lagi untuk dibanteras.


“LOV URSELF!! LOV ENVIRONMENT!! N SAY NO TO CIGARETTE”

Photobucket

Wednesday 18 February 2009

Am I so cruel?? Uhh,, it’s such a pain..

Bukan senang untuk aku melangkah ke hari esok dengan penuh keceriaan dan kegembiraan. Takut nanti aku dituduh gembira atas penderitaan insan lain. Jadi lah aku insan kejam yang dituduh berkali-kali. Aku dituduh kejam tak berperikemanusian. Enough!!! Stop hina aku mcm tu..it’s such a pain. Fine!! Lpas ni aku kwn ngan binatang-binatang pulak..ekeke..is it ok?? Huhh…

Photobucket

Telah lama aku paksakan diriku dan aku biarkan diriku dalam kongkonganmu. Hidupku tidak lagi semeriah sebelum aku mengenali kamu. Aku mungkin dibenci mereka yang aku sayangi. Sahabat yang sngt aku rindukan. Mereka telah pergi meninggalkan aku. Entah bisa aku menemukan mereka entah tidak.


Arghhh, kenapa harus aku mengenali kamu dan kenapa harus aku bersama kamu sehingga kesaat yang kamu enggan pergi menjauh. Kamu enggan pergi walau berkali aku cuba membuat kamu faham. Tinggalkan aku sendiri. Biarkan aku berjalan sendiri. Biarkan aku menentukan hidupku sendiri. Tolonglah pergi. Pergi sejauh-jauhnya. Cukup lah aku diracuni sehingga aku yakin aku lah yang salah sehingga aku yakin aku lah yang kejam. Sedangkan kamu mengajar aku menjadi sebegitu kejam. Jadi salahkah aku????


Maafkan aku sekiranya kamu terlalu sakit menghadapi perpisahan ini dan jika kamu tahu. Yakin lah perpisahan ini adalah yang terbaik untuk kita. Kerana tidak mungkin akan aku teruskan lagi setelah kehidupanku bagaikan terkubur setelah jiwaku tidak lagi dapat menerima. Pergi lah kamu meneruskan kehidupan kamu. Jalan masih panjang. Dunia juga terlalu luas untuk kamu terokai. Kenapa harus kamu mematikan gerak langkah hanya kerana aku yang hanya akan bisa menyakiti kamu. Kerana aku yang sejak dulu dianggap kejam dan menghina kamu. Kerana aku yang kamu rasakan sungguh tegar menyakiti kamu. Jadi pergi lah kamu kemana-mana ruang yang kamu rasakan indah dan memenuhi jiwa kamu. Kerana bersama aku hanya bisa mengundang sakit buat kamu.


Aku pohon, hentikanlah tekanan yang kamu berikan padaku ini. Bencilah aku sepuas yang kamu mahu. Tapi pergi lah kamu dari hidupku. Dan aku yakin kamu akan terus membenciku. Biar apa jua tafsiran yang ingin kamu nyatakan aku rela terima semua. Dan jika kamu tahu aku tidak lah bergembira atas kesedihan kamu. Dan sudah tentu hatiku tidak tenang atas kebencian kamu atas dendam itu. Namun, aku harus pergi untuk menjalani hidupku sendiri kerana kini aku telah menemui cintaku sendiri. Sekali lagi jangan salahkan hati ku. Kerana sedari dulu kamu memaklumi jiwaku.

Adakah aku pencinta alam???? Still thinkin!!!!

Photobucket
Sejak aku kat UK selama beberapa buln ni, baru aku Nampak culture diorang yg totally different la bab2 mnjaga alam sekitar nih. Banyak kedai or hypermarket, lau u all nak beli barang make sure u bwk ur own carry bag la. Lau tak 49P per carry bag..membazir je kan. Better bwk sendiri. Then, lau ade setengah kedai yg guna carry bag pun, nipis je carry bag tu. silap hr bulan leh terburai koyak. Ohh ye, barang plastic pun mahal harganya compare to barang2 kaca. Confuse aku.huhu..btw, aku suka menda macam ni sbb dr Malaysia lagi aku cuba amalkan menda yang sama. Aku gi kedai beli bfast tuk ke tempat keje, aku bawak aku punya Tupperware sendiri.hehe

Jusco and Body Shop pun dan mula memperkenalkan semua ni tapi masih terlalu awal dan aku tak pasti mereka berjaya ke tidak mengubah persepsi masyarakat kita.

Bukan setakat tu, pada pandangan aku mereka kat sini, memang mengamalkan kitar semula. Sebab setiap rumah dekat sini disediakan 2 jenis tong sampah. Satu nya kaler biru untuk recycle punya barang and satu lagi kaler black tuk sampah2 yg tak boleh di kitar semula. Hurmm, terfikir aku sejenak, dulu seingat aku government kita pun ada gak promote menda nih, dah bermacam2 iklan kat TV. Tapi lama-lama menda ni sunyi je. Macam tak dapat sambutan je. Menda macam ni takleh nak salahkan kerajaan semata-mata, mungkin juga tak ada kesedaran dalam diri individu tu sendiri. Takkan la nak jadi mcm Jerman dulu baru nak berubah. Di Jerman dah lama wujud undang-undang khas tentang recycle nih. Bgus betul la masyarakat Jerman nih. So nanti bila pulang ke Malaysia lau boleh aku pun nak teruskan je amalan recycle nih setakat yang termampu.

Selain dari itu, diorang kat sini tak sewenang-wenangnya membuang sampah diorang. Sebab tu lah kat sini ada car boot sale sbb lau diorang nak dispose barang-barang, they need to pay. Then, better lah diorang jual je balik walaupun dengan harga yang sgt murah. Tak pun diorang hantar je kat charity shop. Banyak charity shop kat sini.

Terfikir aku sekali lagi, bilakah masyarakat aku nak berubah persepsi dan bagaimanakah caranya untuk menyedarkan mereka-mereka itu. Aku taknak bercerita tentang kesan buruk pencemaran ataupun global warming. Tu semua membuat aku jadi takut. oh ye aku pun taknak bercerita tentang hutan dan binatang. tu next episod..ekeke..

Tp tu lah orang kita nih standard nye tinggi. Malu maa nak bawak beg sendiri. Malu la nak guna bekal gi tempat keje. Seme nak kena jaga status. Tengok mat saleh, relaks je..huhh….
Dan pesanan terakhirku kpd kalian dan juga diri aku sendiri, kita maseh punya waktu so please take care alam kita which is actually our home..PROTECT ENVIRONMENT!!!
Photobucket


Tuesday 17 February 2009

Pusaran persahabatn

Dalam mencari erti hidup
Ia hilang perlahan-lahan
Dek denai yang berduri
Maka sukarlah perjalananku
Dalam keghairahan aku mengejar mimpi
Tersekat aku pada nafas silam
Yang kita hembus bersama
Kita hayungkan kaki ini
Dan kita dakap bersama
Seutas janji
Persahabatan yang abadi..
Walau disiniku aku harus menyusuri arus deras
Denai yang berduri
Aku tidak mahu nafas semalam
Tercalar luka
Biar aku sempat sampai di puncak
Permatang itu jua memahami
Seraut wajah bagaikan terbit bersama
Indah mentari membangkitkan diri
Walau kehijauan menjadi tatapan lukisan alam
Kau umpama rotan azimat berlikar dilengan ini
Memberi aku kekuatan

Izinkan aku mencari diri
Mendaki kepuncak merdeka
Biar aku hilang rasa belenggu
Biar aku bebaskan mimpi-mimpi kosong
Aku ingin berpijak pada garis putih yang jelas
Hamparan hijau dan sukar laluan
membantu aku bernafas dengan puas
Aku sedar kini
Dunia ini Sangat luas
Tak mampu aku melewati satu persatu
Cukuplah aku tahu dimana kaki ini berpijak

Sunday 15 February 2009

Again I lost…huhh

Ntah apalah yang merasuk pemikiran aku semenjak 2 menjak ini. Kadang-kadang fikiranku kacau. Teringat pada kata-kata mareka aku ini pelik, aneh..arghh, macam2 lagi lah. Aku masih kabur. Tercari-cari kehidupan dan jalan yang harus aku lalui. Kadang-kdang aku rasa begitu risau menghadapi waktu beberapa bulan akan datang setelah cuti panjang ini berakhir. Aku rasa gerun apabila saja kakiku melangkah ke bumi Malaysia. Begitu banyak yang harus aku hadapi. Sanggupkah dan mampukah aku menghadapi situasi itu. Arghhh, sekali sekala keyakinan aku hilang dan pandangan aku kembali kabur. Lalu aku kembali merebahkan diri ke katil dan melayani angan-angan indah. Seketika kemudian aku terjerit kecil. Begitu kacau fikiranku tika ini. Novel-novel yang kupinjam dari library 2 minggu lepas terbiar dan belum juga habis kubaca. Tv program pun tidak berjaya menarik minatku ketika ini. Aduhai, kenapakah begini.
Lalu aku sekali lagi menjengah ke dunia maya. Sifatku yang bersahaja, gelak riangku, dan sikapku yang nampak gila2 benar2 berjaya mengaburi kekusutan dan kesakitan yang aku alami. Terpekin aku sendirian. Menangis dalam tawa. Baru aku perasan, sikapku terlalu banyak berubah sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Kehilangan membuatkan aku makin tegar membuang dan menghilang. Sendirian aku mengerti semuanya ini. Kelihatan begitu kejam diriku pergi dan terus pergi melenyapkan diri sendiri dalam kekalutan masa dan keadaan. Aku hilang.
Kehadiran sidia dalam hidupku sememangnya membantu memulihkan jiwaku yang semakin hanyut dalam dunia fantasiku. Aku kembali sedar wujudnya dunia realiti. namun kesakitan ini membuatkan aku takut kembali kepada dunia itu. Aku senang dengan fantasiku. Bebas aku berbicara sendirian kerana semuanya milikku. Aku bisa mengatur setiap episod ceritaku. Namun sidia sering menyedarkan aku sakit-sakit realiti harus jua kutempuhi. Oh tuhan aku tak mampu menghadapinya sendirian lagi dan kuharap sidia dapat membimbingku dan menemaniku dalam merintis kembali kehidupanku yang sangat aku rindukan.
Memikirkan mereka-mereka yang mengharapkan aku. Memikirkan mereka-mereka yang membenciku, aku juga terluka, aku juga kecewa seperti kecewanya mereka-mereka padaku. Aku kecewa kerana tidak menjadi seorang sahabat yang mereka harapkan. Kejamnya aku jua membunuh jiwaku sendiri. Menghilangnya aku menambah luka yang tidak bisa aku luahkan dan jiwaku juga terguris setiap kali aku ingin kembali ketawa.
Mengapa harus aku mengenali mereka dan mengapa harus tegarku menghilang lalu selingkuh dalam dunia persahabatan. Adakah kerana setiap kali aku ingin menyayangi mereka, terasa diri diperguna terasa diri dipersia terasa diri tiada dihargai lalu aku bingkas pergi bersembunyi dan menghilang lagi. Ohh tuhan aku juga insan biasa lemah dan tidak punya khudrat melawan takdirmu. Rencana yang kau tetapkan dalam hidupku sesungguhnya ku redha.
Namun aku bersyukur didunia maya penuh penipuan ini di dunia maya penuh pengkhianatan.. oh maaf, didunia maya ini juga aku mengenali sidia dan didunia maya ini juga menjadi medan untukku pertaruh kan jiwa dan berkongsi cerita. Aku bersyukur oh tuhan kerana mengizinkan aku berbicara lagi mengizinkan aku meneruskan kahidupanku walaupun ternyata samar-samar. Err, tidakkah dunia maya ini sebahagian fantasi..arghh, bisa juga menjadi realiti namun akan selamanya menjadi fantasi jika aku akan terus menyepi dalam kelambu fantasi maya ini. Sedikit masa lagi aku punya waktu adakah terus menyepi di kotak maya ini ataupun keluar membuktikan kewujudan diri. Arghhhh, again I lost…

February Snowfall 2009

Seperti hari2 biasa.. aku tak perasan pun kat BBC forecast channel hari tu akn jd heavy snow..huhu..pagi tu my sister dtg kebilik kami kat attic..dia kejutkan aku yg sedang enak melayan mimpi apatah lagi cuaca sejuk. tetap sejuk walaupun heater dibiarkn terpasang sampai pagi. so aku berbungkus je lah pagi tu. lebih kurang jam 9 pagi, aku pun bangun setelah tidurku rasa terganggu dengan bunyi bising niece aku yang sibuk mengejutkan aku. wahh, tak sangka snow yang ku sangka turun seperti biasa tidak pada kali ini. agak lebat dan tidak berhenti2. tertarik jugak aku. so, apa lagi aku terus charge battery digcam aku dan memakai jumper dan mncapai waterproof jacket yg tergantung blkang pintu. aku terus ke dapur untuk bersarapan terlebih dahulu. namun cuaca tidaklah dikatakan terlalu sejuk. agaknya -2 degree kot. aku dah terbiasa dengan temperature begitu sebab itu lah aku tak sangka snow turun pada hari tu. benar-benar tak menyangka sedangkan my sis dah cakap 2 hari yang lalu hari tu akan turun snow yang agak luar biasa seluruh uk. arghh, aku abaikan je sebab aku give up ngan BBC forecast tu. tak semua tepat.
Photobucket
snowfall kali ni dapat dirasai seluruh UK. kalau dulunya certain part of Uk je macam sheffield and scotland. tahun ni agak luar biasa. Hampir 2 dekad Snowfall sebegitu tidak melanda Uk. snowfall kali ni selain dari memberi keseronokan terutamanya kanak-kanak, ia juga memberi kesan buruk kepada ekonomi britain yang sedang menghadapi krisis ekonomi. kerajaan britain juga disalahkan kerana tidak mampu menghadapi situasi masalah salji yang mengakibatkan hampir seluruh pekerja tidak dapat ke tempat kerja. jalan raya juga banyak ditutup. ini juga disebabkan Uk tidak pernah mengalami keadaan ini jadi mereka tidak bersedia untuk menghadapi kesukaran akibat snowfall yang secara tiba-tiba melanda keseluruhan UK.
yuhuu..lepas je bfast, aku naik semula ke attic amik digcam yang dah dicas baterinya serta mengenakan glove yang sesuai. selepas semuanya ready, aku terus keluar untuk merakam snow yang tengah heavy tu. syok juga bermandikan snow walaupun mata aku dah mula berpinar-pinar. aku merakam video dan sekeping 2 gambar. lebih kurang 10 minit, aku masuk kembali kedalam rumah dan terus on9 seperti kebiasaan hari2 ku.

petang tu, kami turun lagi ke backyard. time tu dah ada snowman yang my brther in law buat ngan my nephew kot. so aku just posing je lah kat situ. lebih kurang jam 3 aku ngan my niece ke tempat biasa kegemaran kami kat playground yang tak jauh dari rumah kami. so, kat situ memang view cantik. lagipun time tu maseh tak ramai yang kesitu, so view nampak cantik xde kesan tapak kaki.
Photobucket
mcm hantu daa snowman ni..ekekeke
Photobucket

Photobucket
aku snap lagi pic2 menarik. time tu my niece syok sgt main snow berbaring smpi terjadi peristiwa mnyakitkn hati aku. huhu.. boleh pulak di jatuhkan digcam her mom.
Photobucket
adess, time tu my niece dah macam nak nangis sbb tangan dia dah mula pedih2 akibat terlalu sejuk n glove dia dh mula basah. jadi kerja aku lah nak mencari digcam yang tercicir dalam salji yang tebal tu. cari punya cari habis aku ratakan salji2 tu..huhhh nasib baiklah jumpa. kalau tak abislah niece aku. mujur jugak digcam tu all weather, so still lg function walaupun diselaputi ais hampir 20 minit. lepas kami terus pulang kerumah. sesampainya dirumah, apa lagi duk kat depan heater lah. badan dh mula sengal2 tambah lagi time tu aku demam.


Photobucket
panas2 tp sejuk..ekekeke
keesokan2 harinya, walaupun dah ada sunshine, tapi snow masih lagi tak cair. jadi maseh sempat aku nk posing abis2..hehe..hari tu lebih baik dari semalamnya sebab tak terlalu sejuk. jadi aku tak melepaskan peluang berposing dgn pelbagai gaya. maklumlah ntah bila lagi dpt jumpa snow real mcm ni. yang jadi mangsa niece aku ar. merungut je dia sbb terpaksa jadi photographer aku..ekekeke..

Photobucket

snowgal hasil creativity aku..
skirt dn t-shirt pink sumbangan bear ank buah aku..wakakaka
Photobucket


ohh ye!!! cerita dn ilustrasi disini aku dedikasikn khas tuk Aka & Isya yg berada di Dublin sana.ekekekeke

Friday 13 February 2009

new life..new stuffs..new man..new Inspiration...EVERYTHIN NEW..in dis new year...beginning of hepi moment

Uhhh..berbulan2 telah pn berlalu..umo aku pn dh mningkat..oh my god...aku dh tua kew??trasa cam belasan tahun je..adess..lau dipikirkn hr esok..seramnye aku..yes, hr ni aku mmg free...rest all da time..tp cuti yg gle pnjg ini sdah smkin hmpir ke penghujungnye..aku kna ready bhadapn dgn esok2 yg..arghhh ntah la...tkut aku lau pikirkn..

new life??

setibanya aku dinegara trcinta nanti..semuanya akan berubah..hanya kurang 2 bulan saja lagi aku akan pulang menjalani kehidupan baruku..semuanya baru..susah untuk aku jelaskan.tapi aku tahu, semuanya bisa berubah. hermm..abg pun dah pindah rumah. walaupun aku tak suka rumah barunya yang tersangat hampir dengan rumah mentuanya..arghh, aku terpaksa menerimanya juga. aku kena berfikiran lebih matang dan terbuka sekarang. walaupun dalam hati kecil tetap tidak merestui pilihan abg itu. itu semua kerana perasaan jeles aku kot..huhu..

new stuffs??

ermm...kete kecil yg kusayang..yang sama2 menghiasi buku memoriku terpaksa aku lepaskan hanya kerana sesuatu yang ..arghhh ntah la..aku kena adil dalam mengurangkan rasa benci insan itu pada aku..aku dh janji untuk menjualnya pada insan itu. so terpaksalah aku lepaskan walaupun berat juga hati ini..fine!!!! aku tukar menda baru lh kalau macam tu..well, i'll b a student in da next few months, so ok jgak pikirku lau aku beli scooter..jimat dan mudah untuk bergerak..huhu..jadi minah scooter lak aku..aduyaii...selain kes tu, aku pun dh tak sabar nk try my new rucksack ni..cam best je..my new columbia watch..

new man??

wuhuuu..dis thing..hopefully, insan M tak mengetahui kisah ini..kalau tidak bertambah lah benci dan mungkin dendam pada aku. tapi aku jua insan biasa yang kadang2 harus patuh pada kehendak takdir. bak kata sidia, "begitulah kehendak tuhan"..hehe...namun aku tak tegar untuk menyakiti insan M yang pada aku bukan lah terlalu kejam pada aku cuma aku juga perlu mengasihi diriku sendiri dan mengembalikan senyuman ikhlas dan gelak tawa yang hampir setahun terkubur. maafkan aku insan M. aku kini ingin memilih kehidupanku sendiri.

ok, ckp pasal sidia yg baru kukenali pula. kami kenal tidak lama, dialam maya yang mengundang beribu persoalan baik manis ataupun pahit. terpaksa lah nanti aku telan semuanya. kerana aku memilih untuk meneruskan cerita kami yang kata sidia tiada penghujung dan juga tidak berperenggan. pemergiaan aku dari insan M bukan lah beerti aku ingin mencari ganti apatah lagi waktu yang terdekat ini dan pemergiaanku juga sedikit pun tidak dipengaruhi pertemuanku dengan sidia. aku pergi kerana diriku sendiri. kerana kasihku pada diriku. kerana kehidupanku. dan segalanya bagaikan kebetulan dan suratan dr Allah S.W.T sidia hadir diwaktu yang aku tidak terduga. diwaktu kekalutan membelenggu. namun aku juga bersyukur padaNya, hatiku tenang dalam menghadapi kekalutan ini. beginilah bila umur dah tua pikirku..ekekeke..kekalutan yang melibatkan lelaki. oh my god..aku macam tak percaya. kenapa harus terjadi.

sidia..
hatiku sentiasa meredup. tenang dan kembali waras. ntahlah apa yang ada pada sidia, namun yang harus aku akui, sidia berjaya membuat aku tenang dan sabar. sidia juga telah berjaya menghakis sifat egoku pada lelaki. oh tuhan, kalau benar dia adalah untuku, restuilah jiwa kami dan seandainya dia bukan untukku, kau jauh kan lah diriku dan dirinya. aku redha.

new inspiration??
selain dari menghayati kehijauan hutan dan melelahkan diri dengan gunung ganang, aku kini berazam menempatkan jiwaku dalam dunia fotografi. aku harap ini bukanlah sesuatu anganan kosong tetapi sesuatu yang hanya selangkah aku hampiri.

hepi moment??
arghh, ntah la. rencana ilahi sesungguhnya aku tak tahu. namun harapan dan impianku, semoga segalanya sempurna dan semoga yang aku rancang dapat aku laksanakan. biar payah akan aku usahakan. insyaAllah.
Photobucket

~lonely garden~

Photobucket

MOOD OF DA DAY

"it's awful" terribly sad but smile as always....demmm.....no need to CRY........

Labels

My fav Sport & Outdoor Brand

  • Columbia Sport Wear
  • Mountain Hardwear
  • Reebok
  • Lowe Alpine
  • Karrimor
  • The North Face
  • 5 ten
  • Adidas
  • Mammut
  • Deuter

Rindu pd rimba itu...

Kurindukan cahaya sikunang-kunang Pelita rimaba hiasan gelap malam Bintang nan bersinar begemerlapan Sang rembulan penerang alam nan gelita Kurindukan mandian air dibukit Kedinginannya menyentuh dalam hati Burung berkicauan berlagu riang Disilah ku miliki kedamaian Rindu.. Cahaya sang rembulan Dingin aingin rimba menyusup dihati Rindu Hembusan sang bayu Buahan meranum pepohon menghijau Merdu suara kicau burung Dinginnya air terjun Ku kembali semula menikmati segala Keindahan Kurindukan saat-saat bahagia Tak mungkin pudar Segar dalam ingatanku Biarku disini, jauh didesa bahagia telah bersemi selamanya.. sIti nurhaliza -rindu

Next Top Plan!!!!!!!!

  • ~Join 4x4 for hunting/fishing n camping santai (weekend activity)
  • ~Candat Sotong / BBQ @ Kapas Island (May)
  • ~Chemerung Waterfall
  • ~Trans Titiwangsa

Followers

Earth Song lyrics (Michael Jackson)

What about sunrise What about rain What about all the things That you said we were to gain... What about killing fields Is there a time What about all the things That you said was yours and mine... Did you ever stop to notice All the blood we've shed before Did you ever stop to notice The crying Earth the weeping shores? Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah What have we done to the world Look what we've done What about all the peace That you pledge your only son... Did you ever stop to notice All the children dead from war Did you ever stop to notice The crying Earth the weeping shores Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah I used to dream I used to glance beyond the stars Now I don't know where we are Although I know we've drifted far Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah Hey, what about yesterday (What about us) What about the seas (What about us) The heavens are falling down (What about us) I can't even breathe (What about us) What about the bleeding Earth (What about us) Can't we feel its wounds (What about us) What about nature's worth (ooo, ooo) It's our planet's womb (What about us) What about animals (What about it) We've turned kingdoms to dust (What about us) What about elephants (What about us) Have we lost their trust (What about us) What about crying whales (What about us) We're ravaging the seas (What about us) What about forest trails (ooo, ooo) Burnt despite our pleas (What about us) What about the holy land (What about it) Torn apart by creed (What about us) What about the common man (What about us) Can't we set him free (What about us) What about children dying (What about us) Can't you hear them cry (What about us) Where did we go wrong (ooo, ooo) Someone tell me why (What about us) What about babies (What about it) What about the days (What about us) What about all their joy (What about us) What about the man (What about us) What about the crying man (What about us) What about Abraham (What was us) What about death again (ooo, ooo) Do we give a damn
Photobucket
there's no explanation hoe da forest treat my feeling n being my soulmate EVER......
Photobucket
Mountaineering & friendship
memories & Love
Experience & skills
desire & needs
Photobucket

Isi Rimba Tak Ada Tempat Berpijak Lagi :-IWAN FALS-:

Raung buldozer gemuruh pohon tumbang Berpacu dengan isi rimba raya Tawa kelakar badut-badut serakah Tanpa HPH berbuat semaunya Lestarikan alam hanya celoteh belaka Lestarikan alam mengapa tidak dari dulu Oh mengapa, oh ho... Jelas kami kecewa Menatap rimba yang dulu perkasa Kini tinggal cerita pengantar lelah si Buyung Bencana erosi s'lalu datang menghantui Tanah kering-kerontang banjir datang itu pasti Isi rimba tak ada tempat berpijak lagi Punah dengan sendirinya akibat rakus manusia Lestarikan hutan hanya celoteh belaka Lestarikan hutan mengapa tidak dari dulu saja Oh.. Jelas kami kecewa Mendengar gergaji tak pernah berhenti Demi kantong pribadi Tak ingat rezeki generasi nanti Bencana erosi s'lalu datang menghantui Tanah kering-kerontang banjir datang itu pasti Isi rimba tak ada tempat berpijak lagi Punah dengan sendirinya akibat rakus manusia Bencana erosi s'lalu datang menghantui Tanah kering-kerontang banjir datang itu pasti Isi rimba tak ada tempat berpijak lagi Punah dengan sendirinya akibat rakus manusia
end
where shud i go other than dis peaceful places
wat shud i do other than dis nature exploration
it's all bout LOVE n care..

Memories

sedikit memori yg terukir dlm buku memoriku..
Blogger Templates

Jasmine in da Secret Garden

Photobucket
My photo
Hermm..I seorang yg simple n' friendly kot..am into mountaineering n i really lov nature..but i smpn all da stuffs kat i punye website sweet kingkong tu..
Photobucket
Photobucket
~Biarkn ia terbang bebas diangkasa raya..berkicau riang~Photobucket

Got something to say?????


ShoutMix chat widget
Photobucket
Photobucket
Photobucket

MY JOURNEY

Photobucket
Photobucket