Dalam mencari erti hidup
Ia hilang perlahan-lahan
Dek denai yang berduri
Maka sukarlah perjalananku
Dalam keghairahan aku mengejar mimpi
Tersekat aku pada nafas silam
Yang kita hembus bersama
Kita hayungkan kaki ini
Dan kita dakap bersama
Seutas janji
Persahabatan yang abadi..
Ia hilang perlahan-lahan
Dek denai yang berduri
Maka sukarlah perjalananku
Dalam keghairahan aku mengejar mimpi
Tersekat aku pada nafas silam
Yang kita hembus bersama
Kita hayungkan kaki ini
Dan kita dakap bersama
Seutas janji
Persahabatan yang abadi..
Walau disiniku aku harus menyusuri arus deras
Denai yang berduri
Aku tidak mahu nafas semalam
Tercalar luka
Biar aku sempat sampai di puncak
Permatang itu jua memahami
Seraut wajah bagaikan terbit bersama
Indah mentari membangkitkan diri
Walau kehijauan menjadi tatapan lukisan alam
Kau umpama rotan azimat berlikar dilengan ini
Memberi aku kekuatan
Denai yang berduri
Aku tidak mahu nafas semalam
Tercalar luka
Biar aku sempat sampai di puncak
Permatang itu jua memahami
Seraut wajah bagaikan terbit bersama
Indah mentari membangkitkan diri
Walau kehijauan menjadi tatapan lukisan alam
Kau umpama rotan azimat berlikar dilengan ini
Memberi aku kekuatan
Izinkan aku mencari diri
Mendaki kepuncak merdeka
Biar aku hilang rasa belenggu
Biar aku bebaskan mimpi-mimpi kosong
Aku ingin berpijak pada garis putih yang jelas
Hamparan hijau dan sukar laluan
membantu aku bernafas dengan puas
Aku sedar kini
Dunia ini Sangat luas
Tak mampu aku melewati satu persatu
Cukuplah aku tahu dimana kaki ini berpijak
Dunia ini Sangat luas
Tak mampu aku melewati satu persatu
Cukuplah aku tahu dimana kaki ini berpijak