Uihh, dh lm x posting..maklum lh sejak dh berada di tanah air ni merayap/melepak ar keje aku..Tapi, sungguh tidak menyenangkan kulit muka aku mudah gatal-gatal dan mengbengkak serta kemerah-merahan. Mula-mula aku fikir jerawat tp mungkin juga akibat perubahan iklim dan kulitku masih dalam proses penyesuaian. Cuaca panas dan lembap banyak mempengaruhi atau memberi kesan terhadap keseimbangan kulit wajah.
Bagi aku, aku lebih suka menggunakan rawatan tradisonal berbanding menggunakan produk-produk kecantikan yang terdapat dipasaran. namun aku tetap menggunakan pembersih muka dan pelembap muka namun dari jenama-jenama standard dan bukan produk panas yang boleh menipiskan kulit wajah. seeloknya menggunakan produk yang PHnya neutral. Selain harganya yang mahal, aku bimbang ianya memberi kesan negatif terhadap kulit dimana kulit remaja seperti kita harus dijaga seiring usia.
kulit kayu manis
Ianya adalah sejenis rempah ratus yang mudah didapati dan harganya tersangatlah murah. Seperti biasa, untuk berjimat aku hanya perlu kedapur dan mendapatkannya kat dalam kabiner dapur..huhu...setelah itu aku akan mengasahkannya dengan menggunakan lesung batu atau lebih elok kalau ada batu pengasah yang sesuai. Dengan dicampurkan sedikit air, lendir yang terhasil dari asahan kulit kayu manis itu aku ratakan ke bahagian muka terutama bahagian yang mengalami jerawat ataupun perut-parut kecil akibat jerawat. Fuhh, pedih tak ingat tp demi kecantikan aku sanggup menahannya..huhu..
oh ye, kulit kayu manis juga berperanan merawat luka dan sekaligus menghilangkan parut akibat luka. namun, aku tidak yakin ramai yang berani menggunakannya kerana kulit kayu manis ini akan membuatkan kulit anda yang luka itu pedih dan amat perit serta panas. namun, hasilnya ternyata berkesan.
pesanan dari aku, apapun produk yang anda gunakan baik tradisional ataupun moden anda perlu yakin. Mahal ataupun hebat mana pun produk yang anda gunakan saya rasa ianya kurang berkesan. selain itu anda juga harus sabar menanti hasilnya.
sayangilah kulit anda. jangan biarkan ia lebih tua dari umur anda.