Sunday, 12 April 2009

-: KISAH KASIH :-

Demi maruah dan hubungan yang berpanjangan sekali lagi aku harus pergi meninggalkan dan melupakan. Sekali lagi aku mengeksploitasikan keegoanku untuk sesuatu yang baik. Demi kebaikan kami. Kasih ini penuh risiko. Kasih ini agak rumit. Kasih ini aku kagumi. Kasih ini aku akhiri bukan beerti aku tidak lagi mengasihi tapi aku membawanya dalam keadaan yang lebih tulus dan adil buat semua pihak kerana aku yakin tidak semua yang kita inginkan akan bisa kita genggam. Kerana aku ingin buktikan pada insan yang aku kasih itu bahawa aku bisa berdikari aku bisa menjadi manusia yang berguna dan aku bisa mempertahankan maruahku.

Kisah kasih ini begitu singkat. Dalam tidak sedar ternyata kau memberi aku nafas baru dalam melewati pramatangku dalam aku meniti zaman akhir remaja ini. Terima kasih pada insan yang aku senang berbahasakan abang. Terima kasih atas hari-hari yang dapat aku bingkaikan sebagai cenderahati dari tuhan. Terima kasih atas kemurahan hati dan terima kasih atas keikhlasan persahabatan. Terima kasih kerana tanpa sedar kau telah membuka pintu kebahagiaan buatku permulaan kehidupanku yang baru. Kini aku benar-benar berada di suatu terminal lain yang mungkin lebih kompleks mahupun lebih indah. Ku mohon dari-Nya indah itu lebih hampir walaupun hanya satu langkah lagi.
Photobucket

Bukan mudah untuk menghalang kehendak jiwa. Namun, demi memperjuangkan kehendak insan lain dan kebaikan semua pihak satu kata putus dalam jiwa harus kurangka lalu dilaksanakan. Biar sakit biar sedih biarpun ada yang terluka namun percayalah berakhirnya nanti satu senyuman. Indah lagi mempersonakan. Senyuman yang penuh dengan nada bahagia senyuman yang ku kira sebagai hadiah pengorbanan.

Sejak kecil aku sebenarnya terbiasa dengan ketiadaan dan sendirian. Terbiasa aku termenung berseorangan dan aku biasa menanti yang tidak berakhir dengan pertemuan. Jadi melupakan dan dilupakan ku fikir sudah menjadi asam garam dunia. Dalam persahabtan mahupun percintaan. Namun percayalah mana ada cinta atau kasih yang dilupakan tanpa sedikit memori kisah kasih itu terlukis kemas terpahat di sanubari. Cuma di wajah seakan pudar kononnya malap ditelan arus waktu.

Namun, izinkan aku berterus terang. Biarpun tercalar sedikit ego, izinkan aku menyatakan. Aku tidak mahu kehilangan seorang abang yang menceriakan hari-hariku. Sedaya aku pergi hanya untuk membantu memulihkan kestabilan perasaan antara kasih abang dan adik yang terjalin berlatarkan kisah hutan dan dicorakkan kotak maya. Sesungguhnya aku tekad untuk tidak menodai harapan mereka terhadap kamu dan aku.

Apa ada padaku. Kisahku tidak semergah ceritamu. Kata-kataku tidak hebat untuk didengar. Aku hanya insan kecil yang sedang tercari-cari jalan yang benar, jalan yang dapat membawa aku ke destinasi impian. Semoga kasih kita kekal bukan sekadar cerita yang menjadi debu kenangan. Semoga sentiasa segar perasaan kasih abang pada adikmu.

Thursday, 9 April 2009

kulit kayu manis dan wajah

Uihh, dh lm x posting..maklum lh sejak dh berada di tanah air ni merayap/melepak ar keje aku..Tapi, sungguh tidak menyenangkan kulit muka aku mudah gatal-gatal dan mengbengkak serta kemerah-merahan. Mula-mula aku fikir jerawat tp mungkin juga akibat perubahan iklim dan kulitku masih dalam proses penyesuaian. Cuaca panas dan lembap banyak mempengaruhi atau memberi kesan terhadap keseimbangan kulit wajah.


Bagi aku, aku lebih suka menggunakan rawatan tradisonal berbanding menggunakan produk-produk kecantikan yang terdapat dipasaran. namun aku tetap menggunakan pembersih muka dan pelembap muka namun dari jenama-jenama standard dan bukan produk panas yang boleh menipiskan kulit wajah. seeloknya menggunakan produk yang PHnya neutral. Selain harganya yang mahal, aku bimbang ianya memberi kesan negatif terhadap kulit dimana kulit remaja seperti kita harus dijaga seiring usia.


kulit kayu manis


Photobucket

Ianya adalah sejenis rempah ratus yang mudah didapati dan harganya tersangatlah murah. Seperti biasa, untuk berjimat aku hanya perlu kedapur dan mendapatkannya kat dalam kabiner dapur..huhu...setelah itu aku akan mengasahkannya dengan menggunakan lesung batu atau lebih elok kalau ada batu pengasah yang sesuai. Dengan dicampurkan sedikit air, lendir yang terhasil dari asahan kulit kayu manis itu aku ratakan ke bahagian muka terutama bahagian yang mengalami jerawat ataupun perut-parut kecil akibat jerawat. Fuhh, pedih tak ingat tp demi kecantikan aku sanggup menahannya..huhu..


oh ye, kulit kayu manis juga berperanan merawat luka dan sekaligus menghilangkan parut akibat luka. namun, aku tidak yakin ramai yang berani menggunakannya kerana kulit kayu manis ini akan membuatkan kulit anda yang luka itu pedih dan amat perit serta panas. namun, hasilnya ternyata berkesan.


pesanan dari aku, apapun produk yang anda gunakan baik tradisional ataupun moden anda perlu yakin. Mahal ataupun hebat mana pun produk yang anda gunakan saya rasa ianya kurang berkesan. selain itu anda juga harus sabar menanti hasilnya.


sayangilah kulit anda. jangan biarkan ia lebih tua dari umur anda.

Friday, 27 March 2009

*mari makang kepok lekor weh*

Photobucket

huhh, bahagia tul kepulangan aku dari UK tak sampai beberapa hari dah boleh merasa keropok lekor nih. special dari Terengganu. actually, aku takde lah suka sgt makan kopok lekor nih, tapi tujuan aku mempromosikan kopok lekor nih lam blog aku ni sememangnya bertujuan meng-hot kan 2 orang sahabat aku dari Dublin tuh ; cik Isya dan Aka terutamanya Aka..miahahaha....

Photobucket

kopok lekor nih abg aku beli last week kot masa dia balik kampung kat kemaman. Aku kalau nak dijamu keropok lekor seharusnya keropok lekor yang asli dari terengganu yang kaya dengan isi ikannya bukannya kanji semata-mata. kualiti harus dititikberatkan. cehh......maklum lah anak terengganu jati..kalau kat Terengganu tu, yang famous di war2 kan orang antaranya ialah; keropok lekor 007 di chendering dan keropok losong. bagi aku, aku memilih keropok Intan yang terletak di pinggir jalan sebelum keluar dari Terengganu iaitu sempadan pahang. kalau kami nak ke KL, lebih mudah untuk beli keropok kat situ sebab lokasinya yang strategik dan harganya amat berpatutan dan yang paling penting berkualiti..so, bagi yang nak melawat terengganu tu, silalah try beli kopok di lokasi yang aku maksudkan..

OKEY LAH SEKIAN SAJA PROMOSI SY PD HARI INI!!!!

p/s: kpd Aka n Isya, jom layan kepok HOT..wakakakkakakakakkakaka

Saturday, 21 March 2009

Yu Yee Oil Cap Limau ~Queen of my Heart~

For External Use Only:
~use tradionally for relief of minor aches and pains of muscles and joints, symptoms of stomachaches and cold.
Photobucket

Oh Yu Yee Oil,
kemana saja aku pergi
kau tak pernah lekang dalam beg kecilku
sejak aku baby sampai lah dah boleh ada baby sendiri
kau jua lah yang menyinari hari-hariku
tanpamu hidupku pasti tak ceria akibat
perut yang meragam
dan selesema yang menyesakkan
oh Yu Yee Oil,
aku suka baumu (mcm limau)
kau lah perfume murahku (hikhik)
di pekan, di hutan mahupun di Oversea
pasti aku akan bawa kamu bersama
Yeahhhh Yu Yee Oil...
u're da best!!!!
mmuah
jgn lupe dptkn di farmasi2 bdekatan (psanan penaja)

Friday, 20 March 2009

juz to say gud bye....

JUZ TO SAY GUD BYE !!!!!
friendship/memories/love
Photobucket
saat2 gila tatkala kebosanan melanda hari2ku..hehe....
Photobucket
blik mesia nanti kowang dh besar lah yer..xper kita leh slalu ym n insyaAllah maksu dtg lg 2 thn..hehe...summer holidays...

Photobucket Photobucket

gmbr 1st aku ng Ahmad Asri Imran ank sis aku yg ke3..yang ni rejected..miahaha...suke sgt mnyakitkn hati aku..seb baik la aku duk kat attic so x slalu jumpe dia..tp dia nih terer bdaknya..suke mereka2 crita n imagination tinggi..tp alhamdulillah dia bnyk ngadap game gak ng ahmad..klu tak mmg WWE je aku ngan dia..huhuhu...

gmbr 2 tu da youngest in da family..Ahmad Ariff Imran..yg ni slalu bkepit ngan aku..sis aku suh dia duk ng aku je sbb yg ni mmg sawan klu duk ng mak dia..wat ape pn x bleh..nk kna peluk dia je..tp lau duk ng aku elok plak..faham bahasa..sbnarnya dia takut..aku kn mak tiri..ekekekeke..btw, aku mngkin akn rindukn bdak nih wlupon scare faktanya aku x suke baby, tp sbb aku bnyk gak spent masa ng dia..hehe..kat gmbr tu dia smpi ttido layan you tube (gummy bear) video fav especially klu dia nangis kna tinggal..

Photobucket

ni niece aku (aisyah)..hr2 duk suh aku ajr edit blog...hr2 gaduh ng aku..tensen my sis..wakakaka..btw, dia jgak la kwn aku wlupun br 11 thn....ini lh dikatakn psaudaraan dn psahabtn..



Photobucket

yuhuu, ni plak kekasih hati maksu..sis ng adik dia pon tahu aku syg yg ni lbih..sbb yg ni dgr ckp aku, x bnyk songeh...huhu..lov u ahmad (ahmad yusof imran)...bdak ni hr2 duk ngadap game...nanti ahmad blik aku janji bwk dia gi hutan or waterfall..sibuk dak2 nih nk ikut maksu hiking..huhu...

Mmuahhhhhhhhhhhhhhhh......................

Wednesday, 18 March 2009

My last Journey in UK



Driving directions to Manchester Airport, United Kingdom
49.8 mi – about 1 hour 11 mins

Darnall Sheffield, Sheffield, UK

  1. Head north on The Ave toward Senior Rd 112 ft
  2. Turn left at Senior Rd 92 ft
  3. Turn left at A6102/Greenland Rd ..Continue to follow A6102 210 ft
  4. Turn left at B6200/Main Rd 161 ft
  5. Turn right to stay on B6200/Main Rd ... Continue to follow B6200 266 ft
  6. Continue on A6102/Prince Of Wales Rd
  7. Continue to follow A6102 1.3 mi
  8. A6102 turns right and becomes A6178/Attercliffe Common
  9. Continue to follow A6178
  10. Go through 1 roundabout 1.0 mi
  11. At the roundabout, take the 1st exit toward A631/Leeds/M1 North 0.6 mi
  12. At the roundabout, take the 2nd exit onto the M1 ramp 0.5 mi
  13. Merge onto M1 3.8 mi
  14. At junction 35a, take the A616 exit 0.4 mi
  15. At the roundabout, take the 2nd exit onto A616 heading to Manchester/A628
  16. Go through 1 roundabout 10.6 mi
  17. At the roundabout, take the 1st exit onto A628 13.7 mi
  18. Slight right at A57/Mottram Moor
  19. Continue to follow A57 1.2 mi
  20. At the roundabout, take the 3rd exit onto M67 heading to Stockport/Manchester/M56/M60/Oldham 4.8 mi
  21. At the roundabout, take the 1st exit onto the M60 ramp to Liverpool/Stockport/Ring Rd (S & W)/M56/M62/Chester 0.3 mi
  22. Merge onto M60 6.8 mi
  23. Slight left at M56 (signs for M6/Warrington/M56/Chester/B'ham) 1.7 mi
  24. Take the exit onto M56 1.4 mi
  25. Exit at junction 5 0.3 mi
  26. Continue straight 0.3 mi
  27. Take the exit 0.2 mi
  28. At the roundabout, take the 2nd exit onto World Way 0.2 mi
  29. At the roundabout, take the 1st exit onto Chicago Ave 394 ft
  30. At the roundabout, take the 3rd exit onto New York Ave 0.1 mi
  31. At the roundabout, take the 3rd exit onto Toronto Ave 0.1 mi

    Manchester Airport United Kingdom


    Yeahh....wanna go home!!!!!!!!!
    Photobucket
Ready to fly..huhuhu....

blog Vs. social networkin site

huhh!! begini kh dinamakn bloggin?? post!!post!! (sambil memicit-micit dahi yang tidak sakit)
zaman-zaman dulu iaitu 4 tahun lepas hingga lh december 2008 (x de la lame sgt pon..hihi), aku mengakhiri dan cancel abis kesemua akaun yg wujud dlm dunia ternet..korang nk tahu knape?? sbb jiwa aku x brp nk stabil time tu. satu trajedi telah melanda diri ini (bsungguh2 mlarikn diri)..huhuhuhu...lalu tanpa membuat sebarang kaji selidik dan sebarang kata-kata akhir untuk kawan-kawan aku men-delete-kan kesemua akaun2 aku sbg cth; 2 frenster account, multiply(account plg aktif dn pling aku syg), my space dn beberapa yg lain..hehe..gud bye to u my trusted fwens..cehh,, konon la kn..
seb baik la, aku sempt back up beberapa old post kat Multiply aku..ok, aku tahu korang x brape tahu ttg wujudnya multiply nih..bg aku, setelah dikaji2 dan dinilai2, Multiply adalah site paling bagus sebab dalam u punye album, u leh simpn beratus gmbr in da albums separately without resize da picture 1st. then, korang leh tukar2 css code mngikut kmahuan korang. video pon leh direct upload kat situ. no need to upload kat you tube dah..btw, setiap social networking site, masing2 ade kelebihan dn kekurangan. cume pada aku bloggin di MP pun agak menyeronokkn compare di frenster coz di multiply lebih mudah di-view oleh membe2 lain.
sebenarnya Multiply menjadi keutamaan aku dulu hanyalah sbab membe2 yg terkumpul disitu bagai dirancang, mostly membe2 outdoor.. so, setiap kali slps beraktiviti, kami akn postkn gmbr2 dan cerita dsepnjang aktiviti. jadi kwn2 yang tak pergi atau membe seaktiviti bolehlh me-ngomen pic2 bkenaan. kami dah mcm keluarga disitu wlaupun ada diantara kami belum mengenali dan belum pernah beraktiviti bersama. namun keyakinan dan kepercayaan tu jauh lebih tinggi kalau hendak dibezakan dengan kenalan-kenalan di TAGGED or my space or Hi5.
setelah aku pergi dari site2 social networking itu, tetiba je aku dijemput untuk joinkn diri kat Tagged. niat aku hanya untuk menghabiskan masa. lagipun di tagged, xde sapa yang leh detect kewujudan aku. nick yang digunakn ternyata berbeza dari sebelum2nya. sejujurnya, tagged sedikit membosankan sebab aku tak boleh ubahsuai code, tp ttap ada klebihannya dari segi "chatroom"..kat situ wujud satu kehidupan misteriku (miahahaha)..di tagged aku knal cik bibiey yg secara x sengaja mengingatkn aku betapa aku mengkhayalkan diri di chat room dgn sikapku yang sewel itu..hikhik..sekali dua aku baca blog cik bibiey (aku ralat) membuatkan minda aku berputar teringatkan kisahku dulu-dulu. kisah dimana aku menghabiskan hariku dengan posting n editing. mula dari saat itu, maka wujudlah blog ni yang ku cipta hasil dari penggunaan nick aku di tagged..jasmine(L)daroses & sweet kingkong. Aku hrp aku dpt mengekalkn blog ni smpi ke ank cucu..hehe...

Photobucket

aku ingin mulakan hidup baruku dengan keyakinan dan sedikit keberanian. anggaplah blog ni sebagai hadiah ats kebebasan yang ku kecapi kini. neway, aku ttap tak lupa untuk menjenguk acc multiply untuk mengikuti perkembangan semasa kawan2 tp dgn mnggunakn acc multiply kwn2 dan ex aku (aku ade psword diorang ni..wakakakaka)..tunggu lah yer kwn2..nanti msalah antara aku dan dia settle aku akn warwar kn kat korang acc br multiply aku..hehe(dh buat upenye)...aku tak boleh selamanya melarikan diri..tul tak tuan puan???huhu...
hah!! ni satu lg cite bangang kat tagged..korang tahu, leh lak acc tag aku asyik kna delete je ng tag admin...yer la, acc 1st dulu aku delete pastu yg next2 tu tag admin lak tolong deletekn..miahaha..hmpir 20 kali aku create acc pastu kna delete lg..ble aku dh x kesah dia nk delete elok lak btahan..wakakakaka...aku bkn ape nk ade acc tag tu juz nk njoy gle2 kat chat room..
ok, minggu depan insyaAllah, segalanya berubah..hidupku mungkin tidak lagi sebosan bulan-bulan kebelakangan ni..begitu banyak perancangan dlm kepala..so, aku tdk lg berminat tuk mengaktifkn diri kat mna2 site social networking..cume aku akn trus bloggin as long as otak aku dpt mnghasilkan idea2....n u all sudi mbaca cerita ceritiku..thanks guys..muaahhhhh
~aku insan kerdil dlm dunia blog~

Tuesday, 17 March 2009

Cinta Globalisasi ~antara 2 benua~ Benua A & Benua E

Dalam kadar waktu sesingkat 4 bulan satu revolusi cinta terbentuk hasil dari anjakan globalisasi dan kemodenan teknologi. Satu titik tersusun menjadi abjad-abjad yang apabila disusun secara dinamik menjadi satu perkataan seterusnya pula disambung menjadi ayat..aku namakan ayat itu sebagai ayat-ayat cinta.
Revolusi dan evolusi
Evolusi ~ arghh, aku kepenatan menyusur begitu perlahan air mengalir menerjah ke sungai itu
Revolusi ~ kini aku berani menongkah arus meniti permatang yang kata mereka agak sukar kuredahi…
Perantaraan kotak maya

Photobucket

Berbicara dengan nada ego menghalusi setiap bait-bait bicara romantis itu lalu terbentuk keunikan tersendiri. Unik itu satu kesimpulan atau similarity kepada pelik yang ditapis secara bijak oleh lelaki dari benua A. lalu perenggan dituturkan dan ditulis oleh pena-pena teknologi bagi menyempurnakan satu revolusi. Setiap bab-bab cinta itu dihiasi pengaruh curiga dan begitu diragui oleh gadis dari benua E. Namun keyakinan yang ditonjol begitu bersungguh-sungguh membuatkan gadis dari benua E meneruskan penerokaan kearah pembentukan revolusi.
Sistem globalisasi adalah struktur paling asas ataupun lapisan paling luar dalam pembentukan revolusi cinta diantara gadis dari benua E dan si lelaki dari benua A. ia juga berfungsi umpama atmosfera yang melindungi bumi. Sebelum terjadinya revolusi itu rasanya belum terlewat untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada satelit-satelit diangkasa raya. Satelit semulajadi seperti bulan juga tidak kurangnya menjadi sumber imaginasi tika rindu menganggu ketenangan malam (ayat cinta).

Tidak pernah bersama tidak pernah selangkah tidak pernah bertentang mata. (apakah revolusi dihalalkan secara saintifik??)

Begitu tidak pernah bersama maka sekadar kepingan portrait bewarna tidak dapat dijadikan koleksi peribadi. Namun tidak mengapa, perkara ini dengan beberapa click dan pengubahsuaian, gadis dari benua E dan lelaki dari benua A berjaya dikepilkan bersama-sama. Unikkah?? Itu lah pintasan teknologi. Jadi dengan rasa rendah diri, aku ingin mnyampaikan rasa terima kasih kepada Adobe Photoshop yang telah bersama-sama menerajui jalan-jalan sunyi.

Photobucket Photobucket
maaf, aku terpaksa menggunakan kesan BLUR untuk tatapan umum kerana misteri belum terungkai..miahahaha
2 benua jadi Satu??
Begitu hampir begitu mudah begitu cepat (maaf semuanya berdasarkan kelajuan internet dirumah anda - harap maklum). dengan menggunakan hujung jari satu ayat cinta dapat disampaikan begitu mudah dan menuju kesasaran yang diinginkan (dah macam melancarkan peluru berpandu daa). Dimana saja anda berada, tak kira dikedai mamak!! di jamban!! Mahupun dikamar!! Kini anda masih dapat melayari internet dengan adanya system wifi dilaptop anda.
-Kembali kepada topic asal-
Gadis dari benua E setelah hampir 4 bulan kini mengisytiharkan bahawa revolusi cinta telah berlaku (maaf masih belum berakhir). Sistem penghantaran maklumat yang begitu efektif benar-benar menjadikan dua benua jadi satu..apa kata kita namakannya “benua cinta”. namun kisah teknologi ini tidak bertahan lama agaknya kerana hanya kurang dari 7 hari, gadis dari benua E ingin pulang ke pangkal jalan iaitu benua asalnya (benua A). jadi si gadis dari benua E itu ingin menukar segala bentuk bantuan teknologi kepada bentuk asal iaitu bentuk tradisional dimana pertemuan secara maya tidak lagi diperlukan.
~saksikan kisah selanjutnya~ CINTA TRADISIONAL

My Reusable Carry Bag...

Yuhuu...dis is my new Shopping bag (reusable bag)
Photobucket
bought it for only 75 pence (RM 3.874) at my fav charity shop nearby..
actually, dis is my 2nd step to support nature...wat bout u guys???
WE ARE WHAT WE DO!!
SMALL ACTIONS x LOTS OF PEOPLE = BIG CHANGE...
from now on, Say NO to plastic.......
Photobucket

Monday, 16 March 2009

3 menda wajib

Menyudahkan tugasan yang diberikan oleh cik BB:

3 lagu yang wajib ada dalam playlist:
  1. Donna Donna - Sita
  2. kedamaian (kak siti)
  3. Yellow- Cold play

Barang-barang yang wajib dibawa bersama:

  1. Purse
  2. Sapu tangan (kain key)
  3. DigCam


3 tempat yang dekat di hati:

  1. Hutan
  2. Pantai
  3. Rumah (x kira ar umah mana pun yg pntg tmpt aku tinggal time tu)

3 laman web yang selalu dilawati selain Facebook, Friendster, Myspace:







3 blog yang nak ditag:

  1. Tok Cak yg Hensem..huhuhu
  2. XXXXX
  3. XXXXX




Friday, 13 March 2009

~Persoalan tentang cinta~

Knonologi cerita ceriti cinta dan perhubungan
Kisah satu
Photobucket
Diawal usia belasan tahun sewaktu ditingkatan satu, aku mengenali seorang lelaki ini yang dalam masa yang sama sangat meminatiku..ops, waktu tu terlalu awal. Aku pun masih keanak-anakan. Lelaki ini seusia denganku. Sifatnya yang barangkali sedikit nakal membuatkan kakak angkat aku melarang dia merapati aku. Itu lah kali pertama aku terlibat dalam kisah minat meminati suka menyukai. Tapi cerita itu sekadar itu sahaja. Sewaktu itu aku tinggal disebuah asrama di Marang Terengganu. Ditingkatan dua, aku berpindah sekolah ke hometown. Beberapa bulan kemudian aku dihubungi teman lamaku dihostel berkenaan. Aku dikhabarkan kisah yang ketika itu aku anggap hanya gurauan. Rupanya tidak. Lelaki itu yang nama sebenarnya Raffiudin (arwah) telah pergi buat selama-lamanya kerana terlibat dalam satu kemalangan ngeri. Sebulan sebelum pemergiaannya dia ada menghubungi aku dan kami bersembang-sembang melalui telefon rumahku. Dan seminggu sebelum kemalangan itu, dia sempat juga mengirim salam padaku melalui teman-teman yang lain seandainya aku kesana. Hurmm, nasib tidak menyebelahi aku kerana aku sememangnya merangcang untuk kesana seminggu selepas pemergiaannya. Terasa sayu juga apabila melawat ke hostel. Begitu kuterasa kehilangan lelaki pertama yang melamar jiwaku.

Kisah 2
Kisah ini berlangsung sewaktu aku ditingkatan empat. Sewaktu itu gayaku sedikit lelaki dengan rambut yang pendek dan cara pemakaianku. Kalau hendak dikeluarkan semula gambar-gambar ketika itu, aku rasa baik tak payah la kot. Semuanya cam hampeh..huhu..dalam tahun itu, aku tak pasti tarikh tepatnya, aku mengenali pula seorang lelaki yang senang ku panggil “yenn” atau nama sebenarnya Yusyairil. Hensem dan kiut orangnya. Lembut budi pekerti. Ye benar, aku memang meminati lelaki ini sejak kami pertama kali terpandang. 3 kali pertemuan yang diatur secara tidak sengaja. Aku memang ingat wajahnya yang lembut dan senyuman itu. Dan begitu tidakku sangka, dia juga meminatiku. Khabar ini aku peroleh dari sepupuku yang kebetulan adalah kawan kepada Yenn. Jadi, tahu lah aku, aku tidak bertepuk sebelah tangan. Dan kami mula berhubung melalui telefon dan dating beberapa kali tapi kami tidaklah declare couple pun. Pada suatu hari, hati aku sedikit terguris apabila dengan selambernye dia berjalan sikit punya rapat dengan seorang pompuan lain yang tak adalah cantik sangat pun tanpa mempedulikan aku. Hurmm, aku pun tanpa banyak songeh cuba melupakan tentang hubungan kami. Namun sebelum itu dia pernah cakap pada aku, dia takut dia akan kehilangan aku setelah aku menyambung pelajaran nanti. Sehingga ke hari ini aku sedikit tidak puas hati apakah sebab dia berbuat demikian. Sedangkan kawan-kawannya pun tahu dia suka pada aku. Kerana sebab itu juga begitu payah aku untuk melupakan dia. Namun, kehidupanku seperti biasa aku teruskan. Sehingga menyambung diploma dan sehingga aku menamatkan diploma, aku sebenarnya masih tidak melupakan dia. Setiap kali pulang ke kampung, aku akan ke pasar malam dengan harapan dapat terserempak dengannya. Nasib aku selalu baik je, memang kami terserempak dan kami sekadar berbalas senyum dari jauh dan pernah sekali dua dia menegurku. Setelah diploma aku tidak terus menyambung degree, aku bekerja di salah sebuah syarikat perkapalan di pelabuhan yang tidak lah jauh dari rumahku. Beberapa bulan kemudian, Ex boyfrenku (lattest) ingin berkunjung ke tempatku. Sesampainya dia di bandarku, aku pun menjemputnya dengan keretaku. Aku bawa dia ke pasar malam yang telah pun menjadi favourite aku. Sambil belek punya belek, begitu tidak kuduga kami (aku dan yenn) tidak pernah berjumpa di waktu malam. Kebiasaan diwaktu petang. Masa tu my ex di bahagian lain. Jadi yenn barangkali anggap aku berseorangan seperti kebiasaan. Malam tu aku pelik, sebelum ini kami hanya senyum dari jauh, tapi malam itu dia menghampiri aku. Sedang elok dia datang padaku dan bertanya “rose sorang ke??”..”errr, aku pun mendapatkan ex aku dan memperkenalkan nya pada yenn. Begitu kelihatan air muka nya berubah. Uhh, apakah yang ingin disampai kan yenn pada malam itu pikirku. Soalku dalam hati kenapakah sekarang? Kenapa tidak beberapa tahun disaat aku memang sendirian.. arghh, sebenarnya aku sudah rasa kepuasan. Aku rasa sedikit bebas dari suatu beban yang secara tidak sengaja ku pikul dalam bilik kecil jiwaku.
Kisah tiga
~membuat aku rasa benci pada lelaki ~
~membuat aku tidak mudah percaya ~
Namanya Ed (Johorian). Sebaya denganku. Perkenalan kami tidak lama. Bermula dari majlis perkahwinan kakak kepada teman sekelasku Najwa. Ed adalah sepupu Najwa. Dari situ kami mula mengenali antara satu sama lain termasuk juga abangnya Ab. Kami agak rapat dan selalu berhubung melaui SMS. Time tu aku di Semester 2. Kami rapat lebih kurang 2 bulan sewaktu aku menghabiskan cuti semesterku bekerja sambilan di salah sebuah kedai cake di sek 9 shah alam. Dalam kebosanan dial ah teman aku yang memang selalu menceriakan hariku. Suatu hari, sadis + bangang punya cerita aku di hubungi seorang perempuan yang menggelarkan dirinya hana. Dia memperkenalkan dia adalah isteri kepada Ed. Pada mulanya aku hanya ketawa mendengar ceritanya yang sejak dari awal perbualan marah-marah dan cakap bukan- bukan padaku. 1st time in my life, damn u hana. Mood aku yang tengah duk shopping hari t uterus berubah, apa lagi jolok sarang tebuan betul minah tu. aku terus membalas hinaan dia pada aku dengan kata-kata yang agak pedas juga la. Mana tidaknya, tanpa soal selidik terus menuduh aku macam-macam sedangkan si Ed masih aku anggap sahabat ketika itu walaupun tidak pada Ed. Yang aku sedikit pelik, bagaimana boleh dia menggunakan telefon bimbit Ed?? So, aku sedikit keliru, lalu aku cuba hubungi abangnya Ab. Ab menyatakan perempuan itu hanyalah Ex girlfren Ed yang memang sombong. Jadi hati aku sedikit reda dan memang syok ar nak berbalas pantun dengan perempuan tu. huhhh…aku pendekkn cerita satu hari Ed menghantar sms padaku. Dalam sms nya berbunyi “ maafkan saya, saya dah banyak melukakan hati yana. Dan saya harap kita tak berhubung lagi lepas ni”..kalau korang arsa ape?? Macam bangang kan. Sebelum itu aku ada bertanyakan Najwa sepupunya itu tentang status marriage si Ed. Rupanya Najwa pun baru tahu, ayah si Ed memang kaya raya tapi biarkan je anak dia tu. memang diorang dah kahwin sebab baby dulu baru kahwin.huhh…dasat2..so, bapak dia pun biarkan dia susah sendiri. Dalam hal ni, aku tak kesah. Cuma sadisnya hidup-hidup aku ditipu kn. Macam sial. Aku takkan lupa apa ko buat Ed dan satu hari kita akan jumpa di majlis perkahwinan kakak Long Najwa..huhuhuhuhu…kita lihat apa kisah selanjutnya..<>
Kisah empat
~couple dalam 2 bulan~
Huhu…mula-mula menjejaki kaki ke alam university, biasalah kan sedikit nakal aku ni. Aku memang kebiasaanya sendirian namun tetap punya ramai kawan Cuma tidak selalu berdampingan. Aku sering lepak melepak di café dan di kedai makan Emy di tepi pantai bersama teman-teman. Kami berkawan tidak mengira kos dan latar belakang. Kami memang akrab time tu. disitulah bermulanya perasaan suka menyukai antara aku dan dia..aku kenalkan dirinya sebagai Sam. Aku memang suka senyuman dia tapi aku hanya bergurau ala-ala nakal je time tu. tak sangka pula dia benar-benar suka pada aku. Jadi aku hanya menurut kata hati ketika itu dan mlayan kan saja perasaan. Ala, cinta monyet biasalah kan. Tapi dia nampaknya agak bersungguh dengan hubungan kami. Sewaktu mula menjejakkan kaki ke kampus (ala2 taman Negara pun ada)huhu, dia memang langsung tidak dapat menerima namun setelah menemui aku balik ke JB pun jarang-jarang..tapi, entahlah...Salah aku ataupun salah dia kah?? Kami sering berselisih pendapat dan hampir tiap hari kami bertengkar. Adess, itu membosankan aku. Namun dia tetap tak nak memutuskan hubungan tu. *mengingatkan aku kisah aku dan my Ex(lattest)* kami pernah putus namun bersambung balik kerana aku tidak sampai hati. Dan kembali putus setelah aku memilih persahabatan aku dengan kawan-kawan lebih penting dan sememangnya aku tidak punya kekuatan cinta pun dalam hubungan tu.
Kisah lima
Sem 4 aku mula mengenali hutan dan meneruskan sehingga ke saat ini. Dan bermulanya dari situ aku tidak lagi berminat dengan kisah-kisah couple malah seandainya aku melepak pun bersama teman-teman seaktiviti. Bercerita tentang plan seterusnya dan berkisahkan hutan. Aku juga banyak menghabiskan masaku di tasik yang telah menjadi sahabat jiwa dan imaginasiku saban petang sehingga membuatkan teman-temanku kerisauan. Aku akan pulang setelah masuk waktu maghrib kerana menunggu saat matahari jatuh dimana disitu aku mula menantikan view untukku rakamkan menggunakan camera digitalku. Dalam pengalaman meredah hutan sememangnya aku tidak lari dari menjadi insan kejam yang melukakan hati insan yang mencintaiku. Maafkan aku kerana tidak dapat menyintai kamu wahai insan yang ku namakan sahabat. Dan kini aku lega, mereka-mereka itu sudah kembali seperti biasa dan tetap menganggapku sahabat. Terima kasih.
Kisah enam
~Era slps grad~ 3 in 1

Photobucket
Nampaknya aku semakin aktif mengikuti aktiviti yang dianjurkan organizer2 luar. Dalam era masih belum matang itu, sekali lagi aku menyukai seseorang. Namun aku tahu bukan mudah untuk aku merapati insan itu yang apa kurang hebatnya..huhu..dengan sifat berterus terang, aku menyatakan padanya yang aku senang bahasakan abg kerana perbezaan umur yang ketara antara kami, aku memang menyukainya since 1st time kami bertemu. Aku suka stylenya ketika itu. Dia kelihatan seedikit hairan dan mula membahasakan ayat-ayat cinta padaku. Aku hanya menyatakan aku suka padanya dan tidak pula pandai menggunakan ayat-ayat cinta itu. Begitu mudah fikirku sedikit ragu-ragu. Lalu aku bertanya pada diriku, apakah benar itu lahir dari hatinya atau sekadar mainan mulut semata. Sememangnya aku bukan mudah untuk percaya ditambah lagi sifat egonya yang setara dengan sifat egoku. Kisah kami hanya kami berdua sahaja yang tahu. Namun, aku pasti beberapa teman lain turut menghidu hubungan sulit itu. Suatu hari, lelaki itu yang lebih mudah aku labelkan sebagai si P dengan bersungguh mengajak aku ke pulau untuk bercuti atau pun ber-camping di waterfall berdua. Aku mula menggaru kepala dan berbuat ala2 bodoh (buat-buat tak faham). “ala, tak best la. Bosan nanti. Ajak la membe-membe lain” persoalku dalam nada selamber. Dia ckp “x best la syg”. Tapi mujur lah dia tidak memaksa2 aku. Cuma sejak dari itu aku mula merasakan yang kami tidak selayaknya bersama dan dia tidak begitu ikhlas pada aku. Walaupun aku suka padanya ketika itu, namun aku rela lepaskan kerana mementingkan diriku dan maruahku. Aku rasa begitu perlu aku menjauhkan diriku darinya kerana aku takut perasaan sayang membuatkan aku tidak berani menghalang. Jadi aku perlu pergi. Yang ku minta darinya hanya ketulusan bukan pun lebih dari itu. Kalau itu yang dia mahukan, jadi benarlah keputusan aku. Sesungguhnya aku tidak pernah rasa menyesal menghilangkan diri.
Dalam penghujung cerita itu, aku ditakdirkan mengenali si Ex yang sedikit sebanyak mengambil peluang bijak merapati aku yang dalam masa yang sama ingin melupakan si P. mereka adalah 2 orang sahabat (kebetulan). Walaupun aku sering menafikan dan menidakkan perasaan aku pada si Ex, dia tetap tidak pernah ingin pergi menjauh dari aku walau begitu tidak aman hubungan kami sejak mulanya lagi. Dan dalam aku tidak sedar aku kami duduk dalam status (COUPLE). Malas nak berceloteh panjang tentang kisah kami. Sepanjang setahun setengah (buat pertama kali) aku sedikit-sedikit hilang keceriaan, kebebasan, dan begitu banyak aku ketinggalan. Aku pun tidak tahu bagaimana boleh aku kekal begitu lama dengannya. Beribu kali mintak putus dariku tidak sedikit pun dihiraukan biarpun kami saban hari bertengkar. Aku kepenatan “begitu penat” tak terucap rasa melawan pshology dengan si Ex. Family aku turut kebosanan melihat ketidakwarasan aku berinteraksi dengannya. Sehinggakan mereka turut menyokong hal perpisahan kami Cuma emak saja yang sedikit rasa kasihan. (mak tidak tahu kisah sebenarnya yang sering menghantui pemikiranku) dan aku sering berdoa pisahkanlah kami dengan cara yang terbaik. Sesungguhnya pertemuan aku dengan sidia(my bf) sedikit pun tidak mempengaruhi hal perpisahan ini. Sememangnya dah lama aku berusaha namun tidak berjaya kerana begitu lemah sifat simpati menghalang aku untuk terus pergi dan pergi. Sekurang-kurangnya kehadiran Sidia memberikan sedikit kekuatan untuk aku terus pergi dan pergi.

Kini aku sudah pun 23 thn. Tua kah? Haruskah aku bercinta?? Tak malu ke kalau bercinta??? Ermmmm, entah mengapa aku masih lagi dihantui perasaan2 itu. Sebenarnya aku tidak lah memahami erti cinta yang sebenarnya atau kisah2 cinta yang hangat di ceritakan oleh teman-teman lain. Aku masih lagi naïf sebenarnya tentang hal itu. Pada aku cinta, kasih dan sayang adalah satu pakej yang serupa yang tika dan saat ini aku dedikasikan buat ibu, abang dan seluruh familyku. Namun, aku masih cuba menghayatinya dank u mohon kekalkan perasaan kasihku padanya (sidia) yang telah ku ringkaskan rasa kasih itu dalam bentuk yang lebih mudah iaitu temanku . ku mohon hanya ketulusan dan keikhlasan darinya dan begitu aku tenang saat ini. Terasa lelahku berakhir setelah hampir setahun berperang dengan si Ex. Walaupun hakikatnya si Ex masih belum melepaskan aku officially. Selagi ku mohon cerita aku dan si Ex berakhir dengan sempurna walau tidak semergah.
:-kata-kata yang sering menghantui :-
“u tidak mampu dicintai dan mencintai” ucapan seorang kenalan
“orang yang jarang kena tipu nih, lau kena tipu teruk terus” pesanan seorang abang
:-kata-kata yang sering ku pegang:-
Kita tak semestinya bersama dengan orang yang kita cintai, jadi cintai lah diri kita melebihi dari dia.

:-sedikit coretan dari seorang teman (yg prnah seketika mngenaliku namun tidak tahan denganku lalu dia blah..hikhik..dan ini antara cebisan research gilaku yang berjaya aku kutip dari nya:-
SAYANG
  1. Sayang ialah perasaan yang sukar digambarkan, tapi semua orang ada perasaan sayang
  2. sayang itu kegilaan pada sesuatu yg tiada bandingannya
  3. sayang adalah perkataan yang senang nak diucapkan, tetapi sukar untuk dilaksanakan.
  4. Hanya mereka yang ikhlas jer yg akan berjaya tunaikannya
  5. sayang adalah pengorbanan yang paling tinggi…sanggup berkorban apa saja demi orang yang disayangi.
  6. sayang mmg susah nak di cari, tetapi kalau sudah ditemui susah juga untuk dipeliharai…
  7. sayang biasanya akan datang bersama-sama dengan rindu, biasanya orang akan rindu pada orang yang disayangi apabila berjauhan, dan bila berdekatan, tak akan menyakiti hati orang disayangi.
  8. apabila saya menutup mata, saya akan terbayangkan rosy, n apabila saya buka mata, saya x sabar nak jumpa rosy…itulah sayang!
  9. sayang bukan datang dipaksa, tapi datang dengan rela…kadang2 kita x sedarpun perasaan yang ada itu adalah perasaan sayang.
  10. orang yang sayang pada orang lain, biasanya akan tersenyum apabila teringatkan orang yang disayanginya ataupun ketika melihat gambarnya di dinding…
  11. perkataan sayang itu biasa, tapi perasaan sayang itu berharga
    rasa bahagia, biarpun sengsara…tapi bukan mengsengsarakan orang yang disayangi
  12. sayang adalah satu janji dan ikrar kesetiaan…hanya yang membenci akan memutuskan kesetiaan…
  13. sayang x kenal jarak dan tempat, sayang hanya kenal rindu dan senyuman
  14. sayang akan selesa dengan apa sahaja…x kisah bila, dan di mana…
  15. sayang akan datang bila2 masa sahaja…x perlu tetapkan masa, bila perlu mula sayang, dan bila perlu berakhirnya sayang…
  16. sayang bukan mementingkan diri sendiri, tapi sayang adalah berkongsi kegembiraan dan kedukaan..
  17. kesimpulannya sayang adalah kisah cinta jefri dan Rosy


    CINTA

    Cinta itu, cahaya sanubari dan juga fitrah manusia sebagai insan yang dikurniakan ilahi. Cinta tidak akan meminta, tetapi cinta memberi dengan sepenuh rela…semua yang dilakukan adalah kerana cinta…sudah tidak apa yang difikirkan melainkan cinta…yang pahit manis dirasa..cintalah biasanya yang akan merawat duka lara dan mendamaikan jiwa…mudahnya, cinta akan datang kalau adanya kasih sayang…maknanya, cinta hanya akan wujud antara jefri n Rosy…
    I LOVE YOU!
Photobucket
beza sayang dan cinta
Saturday, February 4, 2006 9:31 AM
From: XXXXXX

BEZA SAYANG DAN CINTA

Kalau nak diikutkan dari segi istilah, cinta maknanya perasaan sayang kepada sesuatu, sayang pula maknanya mencintai sesuatu…( ambil dr kamus dewan ), memang betul kata awk cinta adalah sukar untuk dilafazkan, tetapi orang yang melafazkan cinta tidak semestinya berada hanya di mulut sahaja dan tidak semestinya dia tidak bercinta dan orang yang tidak melafazkan cinta pun mungkin dia tidak bercinta pun, mungkin kerana takut untuk melafazkannya ataupun tidak akan melafazkannya…bagi saya, sayang dan cinta itu sama, tidak ada bezanya melainkan ungkapannya sahaja. Sebab kita tidak akan bercinta kalau tiada perasaan sayang, dan begitu juga sebaliknya…apa jua tindakan orang yang bercinta bolehlah kita simpulkan kerana perasaan sayang yang dimilikinya. Contoh, sanggup melakukan apa sahaja terhadap orang yang dicintainya adalah kerana sayang pada orang yang tercinta. Apapun, sebenarnya terpulang pada mana2 individu untuk mentafsirkan sayang dan cinta, tapi bagi saya sayang dan cinta tetap sama…bagai irama dan lagu...tidak dapat dipisahkan…malah kalau hilang salah satu drpd perkataan itu, tidak mengapa sebab satu lagi perkataan yang wujud masih membawa erti yang sama. Yang penting bukan perbezaan pada maknanya, tapi persamaan dalam menunaikan sayang dan cinta.


my best fwen aka my twin

~ My best friend~

Photobucket

dis is my twin..my best friend i've ever had. It was always like dis between us. it cud pick up when one of us left off, not speak to each other for 4 or 6 months, then instantly be sisters again when we've met or spoke. i really lov her.

am sorry jass, am not always be there when u need my favor, when u need my shoulder to cry on but dun worry i'll try to spend time wit u soon..thanks for ur constant lov n care even when we r apart. may god bless dis wonderful frenship. n hopefully it'll remain 4-eva till my last day.

orait, sedikit synopsis dr story kami..

I met her 9 yrs ago...time tu aku br je pndah skool same mcm jass time tu..n kami ditakdirkn duk seblh mnyebelah in da same class (2M1).. herm, dunno hoe it start but kami slalu kesini ksane tgether. ke kantin ke surau..between me n she, always giv n take till now..dat's why i really appreciate her. she's never demand anything fr me..always smile n never frown. same goes to me. she always try not to broke my feeling n i did da same. aku slalu tunggu dia dtg skool kat corridor..smpi la bunyi loceng. lau dia x dtg i wud be so sad n no mood dat day.. my classmate tahu sgt how close we r. always togther just like a twin..from dat moment other fwens start to label us as a twin.huhu

demmm, form 4 she had been transfered to other skool in kuantan. since dat day, kami jrg bjumpe la..selang beberapa bln ble time cuti ade la kami dating..kami suka sgt lepak kat pantai cherating. only 2 of us..actually, kami blainan hobi n lifestyle tp kami mmg serasi..bila dh masuk U, dia nun juh di UTM Skudai aku pulak di pesisir pantai dungun (UiTM)..bidang kami tlalu jauh bbeza..dia engineering n aku lak management..Year after year, everythin had changed..so many things...but our memories never faded...dia ade bf aku pon ade wlupon x kekal cam dia..btw, aku slalu doakn dia bhagia ng kekasih hati tu..n i'll try my best lpas ni tuk join any of reunion yg membe2 organize..kesian jass aku slalu pergi tinggalkn dia..time dia cuti je aku sibuk ng aktiviti meredah hutan tu..huhu.......neway, i love u..i really do..thanks bg aku bantal lov just bfore aku ke UK last year..n i've smthin for u too..hihi

ohh ye, for those yg pnggil aku jass, fyi ni lh dia tuannye..camne la kowang leh pnggil aku ng nm ni..dh la jass yg kowang knal sedikit noti...adess, lau my twin tahu terkesima dia..hihihi

~lonely garden~

Photobucket

MOOD OF DA DAY

"it's awful" terribly sad but smile as always....demmm.....no need to CRY........

Labels

My fav Sport & Outdoor Brand

  • Columbia Sport Wear
  • Mountain Hardwear
  • Reebok
  • Lowe Alpine
  • Karrimor
  • The North Face
  • 5 ten
  • Adidas
  • Mammut
  • Deuter

Rindu pd rimba itu...

Kurindukan cahaya sikunang-kunang Pelita rimaba hiasan gelap malam Bintang nan bersinar begemerlapan Sang rembulan penerang alam nan gelita Kurindukan mandian air dibukit Kedinginannya menyentuh dalam hati Burung berkicauan berlagu riang Disilah ku miliki kedamaian Rindu.. Cahaya sang rembulan Dingin aingin rimba menyusup dihati Rindu Hembusan sang bayu Buahan meranum pepohon menghijau Merdu suara kicau burung Dinginnya air terjun Ku kembali semula menikmati segala Keindahan Kurindukan saat-saat bahagia Tak mungkin pudar Segar dalam ingatanku Biarku disini, jauh didesa bahagia telah bersemi selamanya.. sIti nurhaliza -rindu

Next Top Plan!!!!!!!!

  • ~Join 4x4 for hunting/fishing n camping santai (weekend activity)
  • ~Candat Sotong / BBQ @ Kapas Island (May)
  • ~Chemerung Waterfall
  • ~Trans Titiwangsa

Followers

Earth Song lyrics (Michael Jackson)

What about sunrise What about rain What about all the things That you said we were to gain... What about killing fields Is there a time What about all the things That you said was yours and mine... Did you ever stop to notice All the blood we've shed before Did you ever stop to notice The crying Earth the weeping shores? Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah What have we done to the world Look what we've done What about all the peace That you pledge your only son... Did you ever stop to notice All the children dead from war Did you ever stop to notice The crying Earth the weeping shores Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah I used to dream I used to glance beyond the stars Now I don't know where we are Although I know we've drifted far Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah Hey, what about yesterday (What about us) What about the seas (What about us) The heavens are falling down (What about us) I can't even breathe (What about us) What about the bleeding Earth (What about us) Can't we feel its wounds (What about us) What about nature's worth (ooo, ooo) It's our planet's womb (What about us) What about animals (What about it) We've turned kingdoms to dust (What about us) What about elephants (What about us) Have we lost their trust (What about us) What about crying whales (What about us) We're ravaging the seas (What about us) What about forest trails (ooo, ooo) Burnt despite our pleas (What about us) What about the holy land (What about it) Torn apart by creed (What about us) What about the common man (What about us) Can't we set him free (What about us) What about children dying (What about us) Can't you hear them cry (What about us) Where did we go wrong (ooo, ooo) Someone tell me why (What about us) What about babies (What about it) What about the days (What about us) What about all their joy (What about us) What about the man (What about us) What about the crying man (What about us) What about Abraham (What was us) What about death again (ooo, ooo) Do we give a damn
Photobucket
there's no explanation hoe da forest treat my feeling n being my soulmate EVER......
Photobucket
Mountaineering & friendship
memories & Love
Experience & skills
desire & needs

Isi Rimba Tak Ada Tempat Berpijak Lagi :-IWAN FALS-:

Raung buldozer gemuruh pohon tumbang Berpacu dengan isi rimba raya Tawa kelakar badut-badut serakah Tanpa HPH berbuat semaunya Lestarikan alam hanya celoteh belaka Lestarikan alam mengapa tidak dari dulu Oh mengapa, oh ho... Jelas kami kecewa Menatap rimba yang dulu perkasa Kini tinggal cerita pengantar lelah si Buyung Bencana erosi s'lalu datang menghantui Tanah kering-kerontang banjir datang itu pasti Isi rimba tak ada tempat berpijak lagi Punah dengan sendirinya akibat rakus manusia Lestarikan hutan hanya celoteh belaka Lestarikan hutan mengapa tidak dari dulu saja Oh.. Jelas kami kecewa Mendengar gergaji tak pernah berhenti Demi kantong pribadi Tak ingat rezeki generasi nanti Bencana erosi s'lalu datang menghantui Tanah kering-kerontang banjir datang itu pasti Isi rimba tak ada tempat berpijak lagi Punah dengan sendirinya akibat rakus manusia Bencana erosi s'lalu datang menghantui Tanah kering-kerontang banjir datang itu pasti Isi rimba tak ada tempat berpijak lagi Punah dengan sendirinya akibat rakus manusia
end
where shud i go other than dis peaceful places
wat shud i do other than dis nature exploration
it's all bout LOVE n care..

Memories

sedikit memori yg terukir dlm buku memoriku..
Blogger Templates

Jasmine in da Secret Garden

Photobucket
My photo
Hermm..I seorang yg simple n' friendly kot..am into mountaineering n i really lov nature..but i smpn all da stuffs kat i punye website sweet kingkong tu..
Photobucket
~Biarkn ia terbang bebas diangkasa raya..berkicau riang~Photobucket

Got something to say?????


ShoutMix chat widget

Endangered Animal of the Day

MY JOURNEY