Dalam kadar waktu sesingkat 4 bulan satu revolusi cinta terbentuk hasil dari anjakan globalisasi dan kemodenan teknologi. Satu titik tersusun menjadi abjad-abjad yang apabila disusun secara dinamik menjadi satu perkataan seterusnya pula disambung menjadi ayat..aku namakan ayat itu sebagai ayat-ayat cinta.
Revolusi dan evolusi
Evolusi ~ arghh, aku kepenatan menyusur begitu perlahan air mengalir menerjah ke sungai itu
Revolusi ~ kini aku berani menongkah arus meniti permatang yang kata mereka agak sukar kuredahi…
Evolusi ~ arghh, aku kepenatan menyusur begitu perlahan air mengalir menerjah ke sungai itu
Revolusi ~ kini aku berani menongkah arus meniti permatang yang kata mereka agak sukar kuredahi…
Perantaraan kotak maya
Berbicara dengan nada ego menghalusi setiap bait-bait bicara romantis itu lalu terbentuk keunikan tersendiri. Unik itu satu kesimpulan atau similarity kepada pelik yang ditapis secara bijak oleh lelaki dari benua A. lalu perenggan dituturkan dan ditulis oleh pena-pena teknologi bagi menyempurnakan satu revolusi. Setiap bab-bab cinta itu dihiasi pengaruh curiga dan begitu diragui oleh gadis dari benua E. Namun keyakinan yang ditonjol begitu bersungguh-sungguh membuatkan gadis dari benua E meneruskan penerokaan kearah pembentukan revolusi.
Sistem globalisasi adalah struktur paling asas ataupun lapisan paling luar dalam pembentukan revolusi cinta diantara gadis dari benua E dan si lelaki dari benua A. ia juga berfungsi umpama atmosfera yang melindungi bumi. Sebelum terjadinya revolusi itu rasanya belum terlewat untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada satelit-satelit diangkasa raya. Satelit semulajadi seperti bulan juga tidak kurangnya menjadi sumber imaginasi tika rindu menganggu ketenangan malam (ayat cinta).
Tidak pernah bersama tidak pernah selangkah tidak pernah bertentang mata. (apakah revolusi dihalalkan secara saintifik??)
Begitu tidak pernah bersama maka sekadar kepingan portrait bewarna tidak dapat dijadikan koleksi peribadi. Namun tidak mengapa, perkara ini dengan beberapa click dan pengubahsuaian, gadis dari benua E dan lelaki dari benua A berjaya dikepilkan bersama-sama. Unikkah?? Itu lah pintasan teknologi. Jadi dengan rasa rendah diri, aku ingin mnyampaikan rasa terima kasih kepada Adobe Photoshop yang telah bersama-sama menerajui jalan-jalan sunyi.
maaf, aku terpaksa menggunakan kesan BLUR untuk tatapan umum kerana misteri belum terungkai..miahahaha
2 benua jadi Satu??
Begitu hampir begitu mudah begitu cepat (maaf semuanya berdasarkan kelajuan internet dirumah anda - harap maklum). dengan menggunakan hujung jari satu ayat cinta dapat disampaikan begitu mudah dan menuju kesasaran yang diinginkan (dah macam melancarkan peluru berpandu daa). Dimana saja anda berada, tak kira dikedai mamak!! di jamban!! Mahupun dikamar!! Kini anda masih dapat melayari internet dengan adanya system wifi dilaptop anda.
-Kembali kepada topic asal-
Gadis dari benua E setelah hampir 4 bulan kini mengisytiharkan bahawa revolusi cinta telah berlaku (maaf masih belum berakhir). Sistem penghantaran maklumat yang begitu efektif benar-benar menjadikan dua benua jadi satu..apa kata kita namakannya “benua cinta”. namun kisah teknologi ini tidak bertahan lama agaknya kerana hanya kurang dari 7 hari, gadis dari benua E ingin pulang ke pangkal jalan iaitu benua asalnya (benua A). jadi si gadis dari benua E itu ingin menukar segala bentuk bantuan teknologi kepada bentuk asal iaitu bentuk tradisional dimana pertemuan secara maya tidak lagi diperlukan.
~saksikan kisah selanjutnya~ CINTA TRADISIONAL
No comments:
Post a Comment
lov ur comment honey!!!