Ntah apalah yang merasuk pemikiran aku semenjak 2 menjak ini. Kadang-kadang fikiranku kacau. Teringat pada kata-kata mareka aku ini pelik, aneh..arghh, macam2 lagi lah. Aku masih kabur. Tercari-cari kehidupan dan jalan yang harus aku lalui. Kadang-kdang aku rasa begitu risau menghadapi waktu beberapa bulan akan datang setelah cuti panjang ini berakhir. Aku rasa gerun apabila saja kakiku melangkah ke bumi Malaysia. Begitu banyak yang harus aku hadapi. Sanggupkah dan mampukah aku menghadapi situasi itu. Arghhh, sekali sekala keyakinan aku hilang dan pandangan aku kembali kabur. Lalu aku kembali merebahkan diri ke katil dan melayani angan-angan indah. Seketika kemudian aku terjerit kecil. Begitu kacau fikiranku tika ini. Novel-novel yang kupinjam dari library 2 minggu lepas terbiar dan belum juga habis kubaca. Tv program pun tidak berjaya menarik minatku ketika ini. Aduhai, kenapakah begini.
Lalu aku sekali lagi menjengah ke dunia maya. Sifatku yang bersahaja, gelak riangku, dan sikapku yang nampak gila2 benar2 berjaya mengaburi kekusutan dan kesakitan yang aku alami. Terpekin aku sendirian. Menangis dalam tawa. Baru aku perasan, sikapku terlalu banyak berubah sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Kehilangan membuatkan aku makin tegar membuang dan menghilang. Sendirian aku mengerti semuanya ini. Kelihatan begitu kejam diriku pergi dan terus pergi melenyapkan diri sendiri dalam kekalutan masa dan keadaan. Aku hilang.
Kehadiran sidia dalam hidupku sememangnya membantu memulihkan jiwaku yang semakin hanyut dalam dunia fantasiku. Aku kembali sedar wujudnya dunia realiti. namun kesakitan ini membuatkan aku takut kembali kepada dunia itu. Aku senang dengan fantasiku. Bebas aku berbicara sendirian kerana semuanya milikku. Aku bisa mengatur setiap episod ceritaku. Namun sidia sering menyedarkan aku sakit-sakit realiti harus jua kutempuhi. Oh tuhan aku tak mampu menghadapinya sendirian lagi dan kuharap sidia dapat membimbingku dan menemaniku dalam merintis kembali kehidupanku yang sangat aku rindukan.
Memikirkan mereka-mereka yang mengharapkan aku. Memikirkan mereka-mereka yang membenciku, aku juga terluka, aku juga kecewa seperti kecewanya mereka-mereka padaku. Aku kecewa kerana tidak menjadi seorang sahabat yang mereka harapkan. Kejamnya aku jua membunuh jiwaku sendiri. Menghilangnya aku menambah luka yang tidak bisa aku luahkan dan jiwaku juga terguris setiap kali aku ingin kembali ketawa.
Mengapa harus aku mengenali mereka dan mengapa harus tegarku menghilang lalu selingkuh dalam dunia persahabatan. Adakah kerana setiap kali aku ingin menyayangi mereka, terasa diri diperguna terasa diri dipersia terasa diri tiada dihargai lalu aku bingkas pergi bersembunyi dan menghilang lagi. Ohh tuhan aku juga insan biasa lemah dan tidak punya khudrat melawan takdirmu. Rencana yang kau tetapkan dalam hidupku sesungguhnya ku redha.
Namun aku bersyukur didunia maya penuh penipuan ini di dunia maya penuh pengkhianatan.. oh maaf, didunia maya ini juga aku mengenali sidia dan didunia maya ini juga menjadi medan untukku pertaruh kan jiwa dan berkongsi cerita. Aku bersyukur oh tuhan kerana mengizinkan aku berbicara lagi mengizinkan aku meneruskan kahidupanku walaupun ternyata samar-samar. Err, tidakkah dunia maya ini sebahagian fantasi..arghh, bisa juga menjadi realiti namun akan selamanya menjadi fantasi jika aku akan terus menyepi dalam kelambu fantasi maya ini. Sedikit masa lagi aku punya waktu adakah terus menyepi di kotak maya ini ataupun keluar membuktikan kewujudan diri. Arghhhh, again I lost…

This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteLost...
ReplyDelete