Seperti hari2 biasa.. aku tak perasan pun kat BBC forecast channel hari tu akn jd heavy snow..huhu..pagi tu my sister dtg kebilik kami kat attic..dia kejutkan aku yg sedang enak melayan mimpi apatah lagi cuaca sejuk. tetap sejuk walaupun heater dibiarkn terpasang sampai pagi. so aku berbungkus je lah pagi tu. lebih kurang jam 9 pagi, aku pun bangun setelah tidurku rasa terganggu dengan bunyi bising niece aku yang sibuk mengejutkan aku. wahh, tak sangka snow yang ku sangka turun seperti biasa tidak pada kali ini. agak lebat dan tidak berhenti2. tertarik jugak aku. so, apa lagi aku terus charge battery digcam aku dan memakai jumper dan mncapai waterproof jacket yg tergantung blkang pintu. aku terus ke dapur untuk bersarapan terlebih dahulu. namun cuaca tidaklah dikatakan terlalu sejuk. agaknya -2 degree kot. aku dah terbiasa dengan temperature begitu sebab itu lah aku tak sangka snow turun pada hari tu. benar-benar tak menyangka sedangkan my sis dah cakap 2 hari yang lalu hari tu akan turun snow yang agak luar biasa seluruh uk. arghh, aku abaikan je sebab aku give up ngan BBC forecast tu. tak semua tepat.
snowfall kali ni dapat dirasai seluruh UK. kalau dulunya certain part of Uk je macam sheffield and scotland. tahun ni agak luar biasa. Hampir 2 dekad Snowfall sebegitu tidak melanda Uk. snowfall kali ni selain dari memberi keseronokan terutamanya kanak-kanak, ia juga memberi kesan buruk kepada ekonomi britain yang sedang menghadapi krisis ekonomi. kerajaan britain juga disalahkan kerana tidak mampu menghadapi situasi masalah salji yang mengakibatkan hampir seluruh pekerja tidak dapat ke tempat kerja. jalan raya juga banyak ditutup. ini juga disebabkan Uk tidak pernah mengalami keadaan ini jadi mereka tidak bersedia untuk menghadapi kesukaran akibat snowfall yang secara tiba-tiba melanda keseluruhan UK.
yuhuu..lepas je bfast, aku naik semula ke attic amik digcam yang dah dicas baterinya serta mengenakan glove yang sesuai. selepas semuanya ready, aku terus keluar untuk merakam snow yang tengah heavy tu. syok juga bermandikan snow walaupun mata aku dah mula berpinar-pinar. aku merakam video dan sekeping 2 gambar. lebih kurang 10 minit, aku masuk kembali kedalam rumah dan terus on9 seperti kebiasaan hari2 ku.
petang tu, kami turun lagi ke backyard. time tu dah ada snowman yang my brther in law buat ngan my nephew kot. so aku just posing je lah kat situ. lebih kurang jam 3 aku ngan my niece ke tempat biasa kegemaran kami kat playground yang tak jauh dari rumah kami. so, kat situ memang view cantik. lagipun time tu maseh tak ramai yang kesitu, so view nampak cantik xde kesan tapak kaki.
aku snap lagi pic2 menarik. time tu my niece syok sgt main snow berbaring smpi terjadi peristiwa mnyakitkn hati aku. huhu.. boleh pulak di jatuhkan digcam her mom.
adess, time tu my niece dah macam nak nangis sbb tangan dia dah mula pedih2 akibat terlalu sejuk n glove dia dh mula basah. jadi kerja aku lah nak mencari digcam yang tercicir dalam salji yang tebal tu. cari punya cari habis aku ratakan salji2 tu..huhhh nasib baiklah jumpa. kalau tak abislah niece aku. mujur jugak digcam tu all weather, so still lg function walaupun diselaputi ais hampir 20 minit. lepas kami terus pulang kerumah. sesampainya dirumah, apa lagi duk kat depan heater lah. badan dh mula sengal2 tambah lagi time tu aku demam.
keesokan2 harinya, walaupun dah ada sunshine, tapi snow masih lagi tak cair. jadi maseh sempat aku nk posing abis2..hehe..hari tu lebih baik dari semalamnya sebab tak terlalu sejuk. jadi aku tak melepaskan peluang berposing dgn pelbagai gaya. maklumlah ntah bila lagi dpt jumpa snow real mcm ni. yang jadi mangsa niece aku ar. merungut je dia sbb terpaksa jadi photographer aku..ekekeke..
No comments:
Post a Comment
lov ur comment honey!!!