Kini 23 tahun waktu beredar…pemergiaanmu sama jauh dengan hidupku didunia ini..kehadiranku tanpa sambutan iqamahmu. Kehadiranku sunyi sepi. Aku sendiri tidak pasti siapa iqamahkan diriku. Diriku menjadi rebutan mereka yang kononnya ingin memudahkan wanita itu. Namun, tegas wanita itu “ini adalah harta terakhirku”. Lalu mereka-mereka tidak lagi meminta-minta diriku yang masih bayi. Terkulai manja aku dipangkuan wanita itu yang tabah. Aku dibesarkan penuh kasih sayang. Wanita itu berjaya melengkapkan diriku dan membesarlah aku seumpama mereka-mereka yang mempunyai lelaki sepertimu..sewaktu kecilku, wanita itu pernah bertanya padaku setelah aku pulang dari sekolah pertamaku. Apakah aku rasa ada bezanya diantara aku dan mereka-mereka yang mempunyai lelaki umpama kamu. Lantas dengan tanpa banyak berfikir aku mengatakan tidak kepada wanita itu. Lalu wanita itu memelukku membelai rambut lembutku dan mencium pipiku. Sering aku berbaring dilengan wanita itu sampai tertidur aku dilengannya.
Kini 23 tahun telah berlalu tanpa lelaki baru menggantikanmu, wanita itu berjaya menjadi wanita yang cemerlang mendewasakan kesemua harta peninggalanmu. Aku, kedua2 perempuan itu dan seorang lelaki yang telah lama aku nobatkan sebagai role modelku kini masih teguh bersatu dibawah naungan nama ringkasmu. Kehadiranku setelah pemergiaanmu beberapa purnama. Wanita itu pernah beritahu aku suatu masa dulu dimana setelah kamu pergi jauh ke alam lain, barulah aku disedari wujud dan bakal menjengah ke muka bumi beberapa purnama kemudian. Jelas kau tidak menyedari kewujudanku namun aku juga sebahagiaan dari kamu. Setelah usia meningkat remaja aku mula rasa kempunan kasih dari lelaki seperti kamu. Aku mula cemburu dengan mereka-mereka yang mempunyai insan umpama kamu. Aku mula merasakan memori hidupku tidak lengkap biarpun ku cuba melukis seindah calitan rama-rama. Warna-warna itu tetap pudar. Aku tetap tercari-cari memori yang tidak lengkap itu namun sesungguhnya aku tak mampu melengkapinya kerana semunya milikNya.
Kini setelah berusia 23 tahun, aku masih lagi mengingatimu dan doaku buatmu yang kini berada di alam lain tetapku utuskan walaupun dirimu tidak pernah aku kenali, walaupun kasihmu tidak pernah singgah dalam sejarah hidupku. Namun namamu yang sehingga kini aku gunakan membuatkan kamu sentiasa berada dekat dikehidupanku. Ku mohon sebentar lagi ku dianugerahkanNya seorang lelaki seperti kamu yang bisa aku rakamkan kasih yang bisa ku luahkan rindu yang berpuluh tahun ini. Biarpun hanya seketika, ku mohon dariNya izini aku melewati perenggan itu. Kisah yang tak mampu ku beli dengan wang ringgit.
Sebelum terlupa, aku ingin mengucapkan kpd wanita itu yg kupanggil emak “Selamat hari ibu” ..aku sebenarnya tak tahu tarikh sebenar hari ibu tapi bagiku Hari-hari adalah hari ibu buatku..i lov u mom!! U’re my everythin now n 4-eva..sehinggaku menemui kehidupanku sehingga ku mempelajari kedewasaanku dan tersangat ku menghargai kesabaranmu dan keresahanmu setiap kali ku mula mendera diriku dipergunungan yang penuh risiko, ku berjalan sendirian di kota asing..aku tahu kau terlalu menyayangiku. Maafkanku kerana ego tak bertempat aku gagal mempamerkan ketulusan kasihku namun aku yakin kini kau tahu aku jua terlalu mengasihimu. May god bless ya mom..i’ll be there soon by ur side..mmuahhhhhhhhh
No comments:
Post a Comment
lov ur comment honey!!!