Telah lama aku paksakan diriku dan aku biarkan diriku dalam kongkonganmu. Hidupku tidak lagi semeriah sebelum aku mengenali kamu. Aku mungkin dibenci mereka yang aku sayangi. Sahabat yang sngt aku rindukan. Mereka telah pergi meninggalkan aku. Entah bisa aku menemukan mereka entah tidak.
Arghhh, kenapa harus aku mengenali kamu dan kenapa harus aku bersama kamu sehingga kesaat yang kamu enggan pergi menjauh. Kamu enggan pergi walau berkali aku cuba membuat kamu faham. Tinggalkan aku sendiri. Biarkan aku berjalan sendiri. Biarkan aku menentukan hidupku sendiri. Tolonglah pergi. Pergi sejauh-jauhnya. Cukup lah aku diracuni sehingga aku yakin aku lah yang salah sehingga aku yakin aku lah yang kejam. Sedangkan kamu mengajar aku menjadi sebegitu kejam. Jadi salahkah aku????
Maafkan aku sekiranya kamu terlalu sakit menghadapi perpisahan ini dan jika kamu tahu. Yakin lah perpisahan ini adalah yang terbaik untuk kita. Kerana tidak mungkin akan aku teruskan lagi setelah kehidupanku bagaikan terkubur setelah jiwaku tidak lagi dapat menerima. Pergi lah kamu meneruskan kehidupan kamu. Jalan masih panjang. Dunia juga terlalu luas untuk kamu terokai. Kenapa harus kamu mematikan gerak langkah hanya kerana aku yang hanya akan bisa menyakiti kamu. Kerana aku yang sejak dulu dianggap kejam dan menghina kamu. Kerana aku yang kamu rasakan sungguh tegar menyakiti kamu. Jadi pergi lah kamu kemana-mana ruang yang kamu rasakan indah dan memenuhi jiwa kamu. Kerana bersama aku hanya bisa mengundang sakit buat kamu.
Aku pohon, hentikanlah tekanan yang kamu berikan padaku ini. Bencilah aku sepuas yang kamu mahu. Tapi pergi lah kamu dari hidupku. Dan aku yakin kamu akan terus membenciku. Biar apa jua tafsiran yang ingin kamu nyatakan aku rela terima semua. Dan jika kamu tahu aku tidak lah bergembira atas kesedihan kamu. Dan sudah tentu hatiku tidak tenang atas kebencian kamu atas dendam itu. Namun, aku harus pergi untuk menjalani hidupku sendiri kerana kini aku telah menemui cintaku sendiri. Sekali lagi jangan salahkan hati ku. Kerana sedari dulu kamu memaklumi jiwaku.
wolawupp..jass in tagged..yepp..feel depressed?!!pain?!!sadness!!cold!!silent!!sorrow..!!realy2 hard to face n feel it..damn..the shrinkin universe...feel sorry bout u..me too pnh rse pe y ko rse jass..but..u know wat...kte de pilihan n kte leh merancang pe y kte nk..kte boleh mati beberape kali..cos kte leh recarnate...n bine idop baru..another thin..mke ko mcm iQa budak kecik comei y sya jge beb..baru aku pasan..miahahaha...taadaaa..nice to meet u again..keh3x..
ReplyDeletesad story
ReplyDelete