Tuesday, 24 February 2009
Monday, 23 February 2009
I wish I cud see u once..tapi kemampuanku terbatas kerana kau telah lama lena di alam lain.
Sunday, 22 February 2009
ARGHHHH….. Too much love will kill you
Saturday, 21 February 2009
shoppin dan kerinduanku trhadap hutan rimba..huhu
Tiba-tiba pintu bilikku dikuak dr luar..dan x lama lpas tu kakak aku sudah berada begitu hampir dgnku..terbantut la khayalan aku kali ni..lom sempat menjamu hasil perburuan sidia..
………………………………………
Sebut pasal shopping, baik di Malaysia mahupun di Uk nih, dah sah2 la store menjual barangan sukan dan butik outdoor.huhh, dasat tul, sale yg sepatutnya berakhir bulan disember maseh lagi berlangsung. Ini mungkin kerana ekonomi Britain yang mengalami masalah jadi untuk menggalakkan pembeli shopping, so sale berlangsung dalam kadar waktu yang tak dijangka. Ok lah tu, boleh aku shopping lagi..huhu..seperti biasa, masuk je ke store mnjual barangan sukan tu, aku terus ke bahagian karrimor. Dulu aku dh berminat nak beli head torch yang tergantung kat situ. Tapi fikir punya fikir aku tak beli. So kali ni aku tak bnyak fikir, aku terus beli. Dah sampai Malaysia lagi lah mahal harganya.tapi yang aku sedikit geram, time kat London hari tu aku beli satu kasut ni, harganya 20 pound setelah discount 70% tp td aku tgok dah jd 90% kot..cehh.. Lepas tu belek punya belek, mak ai murah gila la barangan sukan kat sini. Rabun mata aku. So, sempat la aku grab satu lagi t-shirt long sleeve karrimor sesuai tuk tracking and outdoor activity.. dan shopping2 lain seperti biasa, barangan2 wanita dan kecantikan la..
Solat zuhur dan asar seketika kemudian..dan mula melayari internet seperti biasa. Ehh, aku lupa aku x sehat..so aku baring beberapa minit. Dan mengadap laptop kembali. Masuk ke chat room bertemu kwn2 ..arghhh, hati aku tak senang ar.. teringat kat sidia kat hutan tu. selamatkah dia..dan rinduku juga mula membahang apabila terlihat baju baru dan head torch brand karrimor tu. ingatan aku mula menerjah kedunia pendakian yang telah lama aku tinggalkan. So, aku pun seperti kebiasaan mnggalas beg karrimor jaguar yang juga baru aku beli last month. Kebetulan beg tu penuh muatan (brg2 yang aku dh packing untuk pulang nanti). So, berat2 beg tu sedikit sebanyak dapat menghilangkan gianku..hehehe..ehh sebelum tu sempat lagi aku duk beraksi kat depan kamera. Then, aku editkan pic tu seolah2 aku di puncak gunung..ekekekeke…
Friday, 20 February 2009
Masihkah kau ingat
Mengail si udang
Lalu terserempak si ular air
Kita naik ke tebing
Ingatkah saat kita ke hulu sungai itu
Sedang aku menikmati landskap alam
Kau sibuk menangguk udang
Tiba-tiba kita dihalau si ekor panjang bergantungan
di gerbang alur sungai itu
Kau pula menjadikan dayung sampan
Sebagai senapang
aku turut sama menakut-nakutkan
si ekor panjang
namun senja memaksa kita
mendayung pulang ke rumah
ingatkah sungai itu
segalanya lenyap ditelan arus waktu
kau kini sibuk dengan bisnesmu
aku pula sibuk dengan duniaku
namun aku benar-benar rindukan sungai itu
harapanku
masih kah kau ingat
Thursday, 19 February 2009
ADAKAH ANDA SEORANG PEROKOK????TEGAR??OR SEKADAR SUKA-SUKA??
Ofcoz la, lau xde perokok, maka xdenye kilang rokok dan seterusnya xde la rokok2 dijual dikedai dan yg pling worst no TAX hasil dr rokok ini..TAX ni lak mmg antara revenue utama kot sbb TAX rokok agak tinggi. Adessss!!!!! Mane si bijak pandai, camne yer nak cover hal ni lau rokok diharamkn..payah gak tu..aku no idea bab tu..
- Ko merokok, aku lak yg telan asap rokok ko tu..baiknye ko hembus2..cube ko telan asap tu..kot ye pn ko nk bunuh diri, jgn bunuh aku sekali..ekekeke
- Ni nak kuar dating nih..ko lak sibuk hisap rokok..seb baik lam shopping komplek..(NO SMOKING) everywhere lau tak perfume mahal mana pun aku spray abis luntur akibat bau asap rokok yg cam hampehh
- Wat?? Mrokok ade style?? Smoking buat kn u nmpk seksi?? Smoking baru lh jantan?? Huhh poyo la korang nih..bagi aku, oh ye style tu ade tp nmpak cam blagak la ko hembus asap tu..depan bakal mak mentua ko nk wat cam tu ke..hehe…seksi?? uhhh I dun think so, u look so bad if u pompuan la..jantan?? arghh x smoke pn ko ttp jantan..konon2 machoo la tu..ekekeke..
- Hahhh, ini satu kes..dak ni dah la xde bnyk duit..mak ai, sanggup beb tak mkn demi sekotak rokok yg x bleh bg energy pn kat bdn dia tu..tak tahu lh aku kot2 rokok ni ade vitamin A ke ape..miahahaha..
Pesanan penaja:- kepada adik2 yg baru ingin test tabiat ni, tak usahlah..skrg org dh tukar persepsi (sape yg x merokok lg cool) ekekeke
SMOKING HABIT IN UK
Di setiap persimpangan jalan, kaki2 lima kedai dan dimana 2 saja ada je si perokok tak mngenal usia baik perempuan apatah lagi lelaki. Remaja dan juga belia2. Si tua pun. Ohh ye, aku knal sorang auntie ni. Namanya Julie. Aku tolong dia kat charity shop bdekatan ng umah my sis. Syok jugak aku tengok auntie tu layan smoke. Dalam fikiran aku, leh panaskan badan ke smoking tu..huhu.. kadang-kadang aku pun turut sama smoke ngan auntie Julie kat luar kedai.. OPS!! Jgn salah sangka, aku mmg la smoke sbb cuaca sejuk..ekekeke
Look, betapa payahnya kerajaan Britain nak control habit merokok yang menular kesegenap masyarakatnya. But I salute lah, Britain government boleh mengharamkan merokok kat PUB. Walaupun tindakan itu membuatkan banyak PUB2 terpaksa gulung tikar, tp mereka(kerajaan Britain)still lg meneruskan Law yang mngharamkan perokok merokok dalam PUB. Ini sebagai langkah baik n agak drastic bagi mengurangkan kadar perokok di kalangan warganya. Walaupun auntie Julie dalam ceritanya, memprotes tindakan government tu sebab baginya apa guna PUB ada kalau tak boleh merokok sebab orang kesitu untuk enjoy. Aku hanya mengia kan je kata-kata auntie Julie. Ala, dia protes sebab dia pun perokok tegar. Dah sakit-sakit pun still lagi tak boleh berpisah dengan rokok tu. gelak ku dalam hati. But I love u auntie Julie. may god bless ya..
Actually, kemajuan dan kestabilan sesebuah Negara sekarang tidak lagi dinilai dari kemodenan teknologi dan perindustriannya tetapi juga sosial masyarakatnya. Walau maju mana pun sesebuah Negara itu tetapi criminal case tinggi, so Negara itu tidak layak di panggil sebuah Negara maju. Btw, aku bersyukur masyarakat kita (melayu), especially golongan wanita yang merokok belum mencapai peratus yang tinggi kerana kita masih menghargai adat dan budaya kita. Syukur lah kalau nak dibandingkan dengan masyarakat barat yang agak sukar lagi untuk dibanteras.
“LOV URSELF!! LOV ENVIRONMENT!! N SAY NO TO CIGARETTE”
Wednesday, 18 February 2009
Am I so cruel?? Uhh,, it’s such a pain..
Telah lama aku paksakan diriku dan aku biarkan diriku dalam kongkonganmu. Hidupku tidak lagi semeriah sebelum aku mengenali kamu. Aku mungkin dibenci mereka yang aku sayangi. Sahabat yang sngt aku rindukan. Mereka telah pergi meninggalkan aku. Entah bisa aku menemukan mereka entah tidak.
Arghhh, kenapa harus aku mengenali kamu dan kenapa harus aku bersama kamu sehingga kesaat yang kamu enggan pergi menjauh. Kamu enggan pergi walau berkali aku cuba membuat kamu faham. Tinggalkan aku sendiri. Biarkan aku berjalan sendiri. Biarkan aku menentukan hidupku sendiri. Tolonglah pergi. Pergi sejauh-jauhnya. Cukup lah aku diracuni sehingga aku yakin aku lah yang salah sehingga aku yakin aku lah yang kejam. Sedangkan kamu mengajar aku menjadi sebegitu kejam. Jadi salahkah aku????
Maafkan aku sekiranya kamu terlalu sakit menghadapi perpisahan ini dan jika kamu tahu. Yakin lah perpisahan ini adalah yang terbaik untuk kita. Kerana tidak mungkin akan aku teruskan lagi setelah kehidupanku bagaikan terkubur setelah jiwaku tidak lagi dapat menerima. Pergi lah kamu meneruskan kehidupan kamu. Jalan masih panjang. Dunia juga terlalu luas untuk kamu terokai. Kenapa harus kamu mematikan gerak langkah hanya kerana aku yang hanya akan bisa menyakiti kamu. Kerana aku yang sejak dulu dianggap kejam dan menghina kamu. Kerana aku yang kamu rasakan sungguh tegar menyakiti kamu. Jadi pergi lah kamu kemana-mana ruang yang kamu rasakan indah dan memenuhi jiwa kamu. Kerana bersama aku hanya bisa mengundang sakit buat kamu.
Aku pohon, hentikanlah tekanan yang kamu berikan padaku ini. Bencilah aku sepuas yang kamu mahu. Tapi pergi lah kamu dari hidupku. Dan aku yakin kamu akan terus membenciku. Biar apa jua tafsiran yang ingin kamu nyatakan aku rela terima semua. Dan jika kamu tahu aku tidak lah bergembira atas kesedihan kamu. Dan sudah tentu hatiku tidak tenang atas kebencian kamu atas dendam itu. Namun, aku harus pergi untuk menjalani hidupku sendiri kerana kini aku telah menemui cintaku sendiri. Sekali lagi jangan salahkan hati ku. Kerana sedari dulu kamu memaklumi jiwaku.
Adakah aku pencinta alam???? Still thinkin!!!!
Jusco and Body Shop pun dan mula memperkenalkan semua ni tapi masih terlalu awal dan aku tak pasti mereka berjaya ke tidak mengubah persepsi masyarakat kita.
Bukan setakat tu, pada pandangan aku mereka kat sini, memang mengamalkan kitar semula. Sebab setiap rumah dekat sini disediakan 2 jenis tong sampah. Satu nya kaler biru untuk recycle punya barang and satu lagi kaler black tuk sampah2 yg tak boleh di kitar semula. Hurmm, terfikir aku sejenak, dulu seingat aku government kita pun ada gak promote menda nih, dah bermacam2 iklan kat TV. Tapi lama-lama menda ni sunyi je. Macam tak dapat sambutan je. Menda macam ni takleh nak salahkan kerajaan semata-mata, mungkin juga tak ada kesedaran dalam diri individu tu sendiri. Takkan la nak jadi mcm Jerman dulu baru nak berubah. Di Jerman dah lama wujud undang-undang khas tentang recycle nih. Bgus betul la masyarakat Jerman nih. So nanti bila pulang ke Malaysia lau boleh aku pun nak teruskan je amalan recycle nih setakat yang termampu.
Selain dari itu, diorang kat sini tak sewenang-wenangnya membuang sampah diorang. Sebab tu lah kat sini ada car boot sale sbb lau diorang nak dispose barang-barang, they need to pay. Then, better lah diorang jual je balik walaupun dengan harga yang sgt murah. Tak pun diorang hantar je kat charity shop. Banyak charity shop kat sini.
Terfikir aku sekali lagi, bilakah masyarakat aku nak berubah persepsi dan bagaimanakah caranya untuk menyedarkan mereka-mereka itu. Aku taknak bercerita tentang kesan buruk pencemaran ataupun global warming. Tu semua membuat aku jadi takut. oh ye aku pun taknak bercerita tentang hutan dan binatang. tu next episod..ekeke..
Tp tu lah orang kita nih standard nye tinggi. Malu maa nak bawak beg sendiri. Malu la nak guna bekal gi tempat keje. Seme nak kena jaga status. Tengok mat saleh, relaks je..huhh….
Dan pesanan terakhirku kpd kalian dan juga diri aku sendiri, kita maseh punya waktu so please take care alam kita which is actually our home..PROTECT ENVIRONMENT!!!
Tuesday, 17 February 2009
Pusaran persahabatn
Ia hilang perlahan-lahan
Dek denai yang berduri
Maka sukarlah perjalananku
Dalam keghairahan aku mengejar mimpi
Tersekat aku pada nafas silam
Yang kita hembus bersama
Kita hayungkan kaki ini
Dan kita dakap bersama
Seutas janji
Persahabatan yang abadi..
Denai yang berduri
Aku tidak mahu nafas semalam
Tercalar luka
Biar aku sempat sampai di puncak
Permatang itu jua memahami
Seraut wajah bagaikan terbit bersama
Indah mentari membangkitkan diri
Walau kehijauan menjadi tatapan lukisan alam
Kau umpama rotan azimat berlikar dilengan ini
Memberi aku kekuatan
Izinkan aku mencari diri
Mendaki kepuncak merdeka
Biar aku hilang rasa belenggu
Biar aku bebaskan mimpi-mimpi kosong
Aku ingin berpijak pada garis putih yang jelas
Hamparan hijau dan sukar laluan
membantu aku bernafas dengan puas
Dunia ini Sangat luas
Tak mampu aku melewati satu persatu
Cukuplah aku tahu dimana kaki ini berpijak
Sunday, 15 February 2009
Again I lost…huhh
Lalu aku sekali lagi menjengah ke dunia maya. Sifatku yang bersahaja, gelak riangku, dan sikapku yang nampak gila2 benar2 berjaya mengaburi kekusutan dan kesakitan yang aku alami. Terpekin aku sendirian. Menangis dalam tawa. Baru aku perasan, sikapku terlalu banyak berubah sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Kehilangan membuatkan aku makin tegar membuang dan menghilang. Sendirian aku mengerti semuanya ini. Kelihatan begitu kejam diriku pergi dan terus pergi melenyapkan diri sendiri dalam kekalutan masa dan keadaan. Aku hilang.
Kehadiran sidia dalam hidupku sememangnya membantu memulihkan jiwaku yang semakin hanyut dalam dunia fantasiku. Aku kembali sedar wujudnya dunia realiti. namun kesakitan ini membuatkan aku takut kembali kepada dunia itu. Aku senang dengan fantasiku. Bebas aku berbicara sendirian kerana semuanya milikku. Aku bisa mengatur setiap episod ceritaku. Namun sidia sering menyedarkan aku sakit-sakit realiti harus jua kutempuhi. Oh tuhan aku tak mampu menghadapinya sendirian lagi dan kuharap sidia dapat membimbingku dan menemaniku dalam merintis kembali kehidupanku yang sangat aku rindukan.
Memikirkan mereka-mereka yang mengharapkan aku. Memikirkan mereka-mereka yang membenciku, aku juga terluka, aku juga kecewa seperti kecewanya mereka-mereka padaku. Aku kecewa kerana tidak menjadi seorang sahabat yang mereka harapkan. Kejamnya aku jua membunuh jiwaku sendiri. Menghilangnya aku menambah luka yang tidak bisa aku luahkan dan jiwaku juga terguris setiap kali aku ingin kembali ketawa.
Mengapa harus aku mengenali mereka dan mengapa harus tegarku menghilang lalu selingkuh dalam dunia persahabatan. Adakah kerana setiap kali aku ingin menyayangi mereka, terasa diri diperguna terasa diri dipersia terasa diri tiada dihargai lalu aku bingkas pergi bersembunyi dan menghilang lagi. Ohh tuhan aku juga insan biasa lemah dan tidak punya khudrat melawan takdirmu. Rencana yang kau tetapkan dalam hidupku sesungguhnya ku redha.
Namun aku bersyukur didunia maya penuh penipuan ini di dunia maya penuh pengkhianatan.. oh maaf, didunia maya ini juga aku mengenali sidia dan didunia maya ini juga menjadi medan untukku pertaruh kan jiwa dan berkongsi cerita. Aku bersyukur oh tuhan kerana mengizinkan aku berbicara lagi mengizinkan aku meneruskan kahidupanku walaupun ternyata samar-samar. Err, tidakkah dunia maya ini sebahagian fantasi..arghh, bisa juga menjadi realiti namun akan selamanya menjadi fantasi jika aku akan terus menyepi dalam kelambu fantasi maya ini. Sedikit masa lagi aku punya waktu adakah terus menyepi di kotak maya ini ataupun keluar membuktikan kewujudan diri. Arghhhh, again I lost…
February Snowfall 2009
Friday, 13 February 2009
new life..new stuffs..new man..new Inspiration...EVERYTHIN NEW..in dis new year...beginning of hepi moment
new life??
setibanya aku dinegara trcinta nanti..semuanya akan berubah..hanya kurang 2 bulan saja lagi aku akan pulang menjalani kehidupan baruku..semuanya baru..susah untuk aku jelaskan.tapi aku tahu, semuanya bisa berubah. hermm..abg pun dah pindah rumah. walaupun aku tak suka rumah barunya yang tersangat hampir dengan rumah mentuanya..arghh, aku terpaksa menerimanya juga. aku kena berfikiran lebih matang dan terbuka sekarang. walaupun dalam hati kecil tetap tidak merestui pilihan abg itu. itu semua kerana perasaan jeles aku kot..huhu..
new stuffs??
ermm...kete kecil yg kusayang..yang sama2 menghiasi buku memoriku terpaksa aku lepaskan hanya kerana sesuatu yang ..arghhh ntah la..aku kena adil dalam mengurangkan rasa benci insan itu pada aku..aku dh janji untuk menjualnya pada insan itu. so terpaksalah aku lepaskan walaupun berat juga hati ini..fine!!!! aku tukar menda baru lh kalau macam tu..well, i'll b a student in da next few months, so ok jgak pikirku lau aku beli scooter..jimat dan mudah untuk bergerak..huhu..jadi minah scooter lak aku..aduyaii...selain kes tu, aku pun dh tak sabar nk try my new rucksack ni..cam best je..my new columbia watch..
new man??
wuhuuu..dis thing..hopefully, insan M tak mengetahui kisah ini..kalau tidak bertambah lah benci dan mungkin dendam pada aku. tapi aku jua insan biasa yang kadang2 harus patuh pada kehendak takdir. bak kata sidia, "begitulah kehendak tuhan"..hehe...namun aku tak tegar untuk menyakiti insan M yang pada aku bukan lah terlalu kejam pada aku cuma aku juga perlu mengasihi diriku sendiri dan mengembalikan senyuman ikhlas dan gelak tawa yang hampir setahun terkubur. maafkan aku insan M. aku kini ingin memilih kehidupanku sendiri.
ok, ckp pasal sidia yg baru kukenali pula. kami kenal tidak lama, dialam maya yang mengundang beribu persoalan baik manis ataupun pahit. terpaksa lah nanti aku telan semuanya. kerana aku memilih untuk meneruskan cerita kami yang kata sidia tiada penghujung dan juga tidak berperenggan. pemergiaan aku dari insan M bukan lah beerti aku ingin mencari ganti apatah lagi waktu yang terdekat ini dan pemergiaanku juga sedikit pun tidak dipengaruhi pertemuanku dengan sidia. aku pergi kerana diriku sendiri. kerana kasihku pada diriku. kerana kehidupanku. dan segalanya bagaikan kebetulan dan suratan dr Allah S.W.T sidia hadir diwaktu yang aku tidak terduga. diwaktu kekalutan membelenggu. namun aku juga bersyukur padaNya, hatiku tenang dalam menghadapi kekalutan ini. beginilah bila umur dah tua pikirku..ekekeke..kekalutan yang melibatkan lelaki. oh my god..aku macam tak percaya. kenapa harus terjadi.
sidia..
hatiku sentiasa meredup. tenang dan kembali waras. ntahlah apa yang ada pada sidia, namun yang harus aku akui, sidia berjaya membuat aku tenang dan sabar. sidia juga telah berjaya menghakis sifat egoku pada lelaki. oh tuhan, kalau benar dia adalah untuku, restuilah jiwa kami dan seandainya dia bukan untukku, kau jauh kan lah diriku dan dirinya. aku redha.
new inspiration??
selain dari menghayati kehijauan hutan dan melelahkan diri dengan gunung ganang, aku kini berazam menempatkan jiwaku dalam dunia fotografi. aku harap ini bukanlah sesuatu anganan kosong tetapi sesuatu yang hanya selangkah aku hampiri.
hepi moment??
arghh, ntah la. rencana ilahi sesungguhnya aku tak tahu. namun harapan dan impianku, semoga segalanya sempurna dan semoga yang aku rancang dapat aku laksanakan. biar payah akan aku usahakan. insyaAllah.